Bila tiba bulan Ramadan, serunding ini memang wajib ada bila waktu sahur. Lagi-lagi apabila tidak sempat memasak lauk. Salah satu jenis serunding yang digemari ramai adalah serunding ikan.
Serunding berasal dari Negeri Kelantan Darul Naim dan banyak diusahakan secara tradisional di Kampung Laut, Jajahan Tumpat, Kelantan. Kini Kampung Laut menjadi pusat pembuatan serunding yang terbesar di Malaysia.
Jika sebelum ini kita asyik beli saja, apa kata kali ini kita cuba buat sendiri di rumah. Caranya agak renyah, tapi bila lagi nak belajar cara buat serunding kan? Terima kasih kepada Cik Pipah kerana berkongsikan resipi.
Baca juga: 5 Resipi Pes Untuk Mudahkan Masak Sahur & Berbuka, 10 Minit Saja Dah Siap
Resipi Serunding Ikan Homemade
Bahan-bahan:
- Ikan kembung 3 kg
- Bawang merah kecil 12 biji*
- Bawang putih 7-8 ulas*
- Bawang holland 1 biji*
- Halia 2 inci*
- Kunyit 2 inci*
- Lengkuas 2inci*
- Serai 4 batang*
- Cili kering (potong, rebus dan kisar sendiri)*
- Asam keping 2pcs
- Santan 1 biji kelapa (ambil yang pekat sahaja)
Cara-cara memasak:
1. Rebus ikan kembung bersama asam dan garam. Toskan, kemudian buangkan tulang ikan, ambil isinya sahaja. Ketepikan.
2. Kisar semua bahan-bahan yang bertanda (*).
3. Masak bahan kisar tadi sehingga naik bau.
4. Masukkan ikan yang dibuang tulang tadi. Gaul rata.
5. Tuangkan santan, asam keping dan gula serta garam secukup rasa. Gaul lagi sehingga sebati.
6. Masak sehingga kering dalam masa 2 jam.
7. Guna api perlahan. Ini dia hasilnya selepas sambal sudah kering.
Kredit: Cik Pipah