Confirm laju je habis nanti. Sayur ni pun banyak manfaatnya tau! Especially untuk kesihatan dan kecantikkan.
Sayur taugeh ni kebiasaannya akan di campur dalam masakan lain. Contohnya mi goreng, kuey teow, mi rebus, soto dan lain-lain.
Baca juga: Petua Simpan Taugeh Supaya Tahan Lama, Dah Berminggu Pun Kekal Segar & Tak Hitam
Tapi nampak ramai juga yang tak suka dengan sayur ni. Sehinggakan mereka yang tak suka, terpaksa mengasingkan taugeh ketika menjamu makanan yang mereka beli di luar.
Sayur ni memang banyak manfaatnya. Antara manfaatnya adalah anti barah, baik untuk sistem pencernaan, menggalakkan kesuburan, mengurangkan lemak, membersihkan usus dan banyak lagi.
Untuk kecantikkan pula, sayur ni mampu mencantikkan kulit dan rambut, melembabkan kulit dan juga untuk awet mudah.
Jom ikuti perkongsian resipi dari Liza Idrin ini.
Bahan-bahan:
Cara memasak:
1. Hancurkan 1 kiub pati ayam ke dalam 1 cawan air.
2. Masuk sos tiram. Tak kisahlah brand apa pun.
3. Kicap 3 sudu. Kat sini guna kicap Mudim. Nak guna kicap brand lain pun takpe.
4. Masukkan pula minyak bijan 1 sudu.
5. Panaskan kuali, masak bagi sebati anggaran 5 minit je. Perasakan dengan 1/2 sudu gula. Kuah lebih sedap jika masak.
6. Sementara tu celur taugeh 1 minit dalam air panas. Toskan.
7. Kuah siap, boleh siram atas taugeh.
8. Tabur cili dan daun bawang.
9. Tabur pula bawang goreng.
10. Akhir sekali, perasakan juga dengan lada sulah.
11. Siap untuk dihidang.
Selamat mencuba~
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…