PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-07-22 07:55:09

Sambal Goreng Jawa ini boleh dikatakan sebagai menu wajib untuk dihidangkan pada hari istimewa seperti sambutan hari raya atau ketika majlis kenduri bagi orang yang berketurunan Jawa. 'Special Menu' orang kata gituuu. 

Kebanyakan orang yang berdarah jawa ini kebiasaannya akan menetap di Selangor, Perak dan Johor. Jadi, dari sini kita akan nampak pelbagai versi sambal goreng. Tak kisahlah nak yang versi basah atau kering, asalkan mengikut cita rasa masing-masing kan? Kalau korang teringin sambal goreng yang asli, bahan-bahan wajib cuma perlukan suhun, ubi kentang, tauhu, fucuk dan tempe. 

Untuk resipi sambal goreng kali ni, jom kita tengok perkongsian daripada Mariana Zainal :) 

 

Bahan-bahan:

  • 2 paket tempe (dihiris dan goreng garing)
  • 3-4 ketul tauhu (dihiris dan goreng garing)
  • 3-4 biji kentang (dihiris dan goreng garing)
  • 2 paket suhun (direndam dalam air)
  • 1 keping fucuk (dipotong)
  • Sedikit kacang panjang (dihiris serong)
  • 1 sudu besar gula
  • Sedikit perasa jika perlu
  • 1/2 sudu teh garam
  • Kicap manis secukupnya 
  • 1/2 cawan air asam jawa (cair)
  • 1 cawan air
  • 3 sudu besar ikan bilis (ditumbuk lumat)
  • 2 senduk minyak masak (untuk ditumis)

Bahan Tumis:

  • 2 biji bawang besar (dihiris nipis)
  • 4 ulas bawang putih (dihiris nipis)
  • 10 tangkai cili kering (dipotong nipis menyerong) *bilangan cili mengikut citarasa pedas sendiri

Cara-Cara:

  1. Panaskan minyak. 

     
  2. Lepas dah betul-betul panas, masukkan ikan bilis yang sudah ditumbuk lumat dan bahan tumis. Tumis sampai dia jadi agak garing. Kemudian, masukkan air asam jawa, gula, perasa dan sedikit garam.

     
  3. Renjiskan kicap manis dan kacau sampai naik minyak  


     

  4. Masukkan suhun dan fucuk serta air. Kemudian, baru masukkan kacang panjang. Kacau seketika. Selepas itu, masukkan pula bahan-bahan lain yang dah siap digoreng tadi untuk digaul rata. Sesuaikan rasa mengikut cita rasa masing-masing. Tutup api. 

Dah siap! 

Boleh dihidangkan untuk seisi keluarga! Makanan panas-panas ni mesti syok. Selamat mencuba! 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN