Sambal Ikan Bilis memang sedap. Selain dinikmati bersama Nasi lemak, sambal bilis juga sesuai dinikmati bersama nasi putih biasa atau dimakan bersama roti atau pau. Memang kena dengan selera orang Malaysia.
Namun ramai yang kadang-kala susah nak jumpa yang kena dengan selera. Kalau nak cuba buat sendiri pun boleh, caranya sangat mudah dan sangat sedap. Saudari Nurul Ateekah ada kongsikan resipinya. Jom cuba!
1. Kisar bahan-bahan yang bertanda (**).
2. Dalam kuali panaskan minyak, masukkan sehelai daun pandan yang disimpul.
3. Masukkan asam keping dan bahan kisar tadi. Masak sehingga perang atau separuh masak.
4. Masukkan pula cili kering kisar dan masak sehingga pecah minyak.
5. Masukkan gula melaka, sos cili dan sos tomato. Gaul rata.
6. Kemudian masukkan ikan bilis secukupnya bersama hirisan bawang besar.
7. Perasakan dengan sedikit garam dan ajinamoto. Jika kurang manis, boleh tambahkan gula.
8. Masak dengan api perlahan sehingga pecah minyak dan pekat.
Kredit: Yayar B. Awang Noh
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…