Resipi rendang daging ini sesuai dijamukan pada Hari Raya. Sama ada resipi turun temurun mahupun tidak, rendang daging atau rendang ayam pasti menjadi pembuka selera pada pagi raya bersama-sama lemang serta ketupat.
MyResipi ingin kongsikan satu resipi yang diberi nama ‘rendang daging mak’ oleh Puan Zaitun yang merupakan nenek kepada penulis.
Jom kita tengok resipinya.
Baca juga: Tip Masak Rendang Guna Ayam Kampung, Ini 9 Teknik Nak Bagi Lembut
Bahan-bahan:
Perapan:
Kerisik Kelapa:
Bawang Goreng:
Santan:
Cara memasak:
1. Rebus daging yang telah diperap sehingga air bahan perapan separuh kering.
2. Tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga, dan cili kisar bersama rempah kerutup sehingga naik bau.
3. Tuangkan tumisan rempah ke dalam daging yang telah direbus.
4. Ketuk-ketuk serai dan lengkuas dan masukkan ke dalam daging.
5. Tambahkan santan cair ke dalam periuk.
6. Masukkan setengah gula keping ke dalam periuk.
7. Tambahkan bawang goreng, kerisik dan asam keping ke dalam periuk.
8. Biarkan lauk mendidih, kemudian masukkan santan pekat ke dalam periuk.
9. Perasakan dengan garam jika perlu.
10. Masak rendang sehingga kering dan pekat. Pastikan api perlahan.
Selamat mencuba!
Sumber: Puan Zaitun Othman
Baca juga: Nak Rendang Tahan Lama? Ikut 7 Tip Ini Supaya Tak Cepat Basi Dan Rosak
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…