Jom cuba resipi punten yang merupakan salah satu makanan tradisi yang terkenal dalam kalangan masyarakat keturunan Jawa, terutamanya di daerah Sabak Bernam. Sajian ini juga tidak asing lagi dalam masyarakat Melayu.
Rupa sajian ini seakan-akan nasi impit, namun sedikit berbeza dari segi rasa. Punten lebih berlemak kerana dimasak bersama santan dan garam. Sedap dinikmati bersama sambal cili padi.
Ada yang nak cuba? Ikut saja resipi hasil perkongsian dari Suhana Mohd Khalis di bawah ini. Semoga bermanfaat!
Baca juga: Kuih Penyaram Atau Cucur Jawa Perisa Pandan Horlicks, Nampak Unik & Sedap!
1. Masak nasi macam biasa, tekstur nasi akan jadi lembik sedikit. Lemyek/tumbuk nasi sampai lembut.
2. Bila dah suam, kepalkan mengikut saiz yang disukai (boleh guna pencetak karipap, lapik plastik).
3. Boleh terus susun dalam bekas. Tunggu sejuk baru boleh tutup bekas.
1. Kisar kasar semua bahan. Tak perlu kisar halus.
2. Tumiskan bahan kisar sampai pecah minyak. Perasakan dengan garam/serbuk perasa/gula melaka/gula putih.
3. Sedia untuk dimakan. Selamat mencuba!
Kredit: Suhana Mohd Khalid
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…