Jom kita cuba buat puding susu nata de coco ini untuk dinikmati bersama keluarga.
Bila lepas makan tengahari atau makan malam, bolehlah makan pencuci mulut ini untuk menyejukkan tekak.
Buat dalam bekas kecil-kecil macam ni senang nak makan, anak-anak mesti suka!
Puding Susu Nata De Coco
Bahan-bahan puding:
- 1 cawan tepung kastard
- 5 cawan air
- 1/2 cawan gula
- 1/2 tin susu cair
Bahan-bahan topping:
- Cocktail
- Nata de coco
- Susu cair
Cara-caranya:
1. Satukan semua bahan puding dalam kuali. Masak sampai likat dan berkilat.
2. Sejukkan terlebih dahulu sebelum masukkan ke dalam bekas.
3. Letak cocktail, nata de coco dan curah susu.
4. Sejukkan dalam peti sejuk dan sedia untuk dimakan!
Kredit: Iffy Iruzza