Dah nak hujung minggu, apa kata kita cuba resipi pizza kampung yang sangat santai tapi bila gigit rasa setaraf macam di hotel. Alang-alang itu, buatlah lebih sedikit supaya boleh dibekukan nanti.
Satu adunan ini boleh menghasilkan empat keping pizza yang cukup untuk seisi keluarga. Dijamin mudah dan memuaskan hati!
Untuk topping, anda boleh menyesuaikan topping pizza mengikut selera masing-masing. Gunakan keju mozzarella, daging ayam, daging lembu, cendawan, lada benggala, atau sos BBQ untuk rasa yang lebih sedap.
Jom cuba resipi pizza ini.
Baca lagi: Resipi Donut Kampung Yang Lembut, Punya Sedap Sampai Terpejam Mata Bila Gigit!
Bahan-Bahan:
Cara-Cara:
1. Dalam sebuah mangkuk, campurkan gula dan susu pekat ke dalam air suam. Masukkan yis dan kacau rata. Biarkan campuran ini selama 5 minit tanpa dikacau lagi sehingga yis berbuih dan aktif.
2. Dalam mangkuk yang lain, campurkan tepung gandum, marjerin, garam, dan telur. Gaulkan bahan-bahan ini sehingga menjadi tekstur seperti serbuk roti.
3. Masukkan campuran yis yang telah aktif ke dalam adunan tepung tadi sedikit demi sedikit. Uli hingga adunan doh tidak melekat di tangan dan menjadi lembut.
4. Tutup doh dengan kain lembap atau plastik wrap dan biarkan ia naik selama 20 hingga 30 minit atau sehingga doh kembang dua kali ganda.
5. Setelah doh naik, bahagikan kepada empat bahagian. Setiap bahagian ini akan menjadi satu keping pizza.
6. Canaikan doh dan letakkan topping kegemaran seperti sos tomato, keju, daging, sayuran atau apa sahaja yang anda suka.
7. Panaskan oven pada suhu 190°C dan bakar pizza selama 20 minit sehingga keju mencair dan pizza kelihatan keemasan.
Selamat mencuba!
Sumber: Pn Habsah Ngah
Baca lagi: Burn Cheese Cake Guna Air Fryer, Resipi Mudah & Gerenti Menjadi!
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…