Categories: Resipi

Resipi Pizza Kampung, Kesedapannya Setaraf Hotel Sampai Suami Tak Percaya!

Dah nak hujung minggu, apa kata kita cuba resipi pizza kampung yang sangat santai tapi bila gigit rasa setaraf macam di hotel. Alang-alang itu, buatlah lebih sedikit supaya boleh dibekukan nanti.

Satu adunan ini boleh menghasilkan empat keping pizza yang cukup untuk seisi keluarga. Dijamin mudah dan memuaskan hati!

Untuk topping, anda boleh menyesuaikan topping pizza mengikut selera masing-masing. Gunakan keju mozzarella, daging ayam, daging lembu, cendawan, lada benggala, atau sos BBQ untuk rasa yang lebih sedap.

Jom cuba resipi pizza ini.

Baca lagi: Resipi Donut Kampung Yang Lembut, Punya Sedap Sampai Terpejam Mata Bila Gigit!

RESIPI PIZZA KAMPUNG

Bahan-Bahan:

  • 250ml air suam
  • 1 peket yis Mauripan
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu kecil susu pekat
  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1/2 cawan marjerin

Cara-Cara:

1.  Dalam sebuah mangkuk, campurkan gula dan susu pekat ke dalam air suam. Masukkan yis dan kacau rata. Biarkan campuran ini selama 5 minit tanpa dikacau lagi sehingga yis berbuih dan aktif.

2. Dalam mangkuk yang lain, campurkan tepung gandum, marjerin, garam, dan telur. Gaulkan bahan-bahan ini sehingga menjadi tekstur seperti serbuk roti.

3.  Masukkan campuran yis yang telah aktif ke dalam adunan tepung tadi sedikit demi sedikit. Uli hingga adunan doh tidak melekat di tangan dan menjadi lembut.

4.  Tutup doh dengan kain lembap atau plastik wrap dan biarkan ia naik selama 20 hingga 30 minit atau sehingga doh kembang dua kali ganda.

5. Setelah doh naik, bahagikan kepada empat bahagian. Setiap bahagian ini akan menjadi satu keping pizza.

6. Canaikan doh dan letakkan topping kegemaran seperti sos tomato, keju, daging, sayuran atau apa sahaja yang anda suka.

7. Panaskan oven pada suhu 190°C dan bakar pizza selama 20 minit sehingga keju mencair dan pizza kelihatan keemasan.

Selamat mencuba!

Sumber: Pn Habsah Ngah

Baca lagi: Burn Cheese Cake Guna Air Fryer, Resipi Mudah & Gerenti Menjadi!

Aisha Qistina

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago