Kalau sebut sahaja burger Malaysia, jaranglah orang tak tahu lebih-lebih lagi masyarakat tempatan. Sesetengah ada yang memanggil burger Malaysia ini sebagai pau goreng sambal dan sekarang ada yang memanggil sebagai pau hipster.
Rasa pedas sambal dengan hirisan timun, sangat ngam dan berbaloi untuk dibuat di rumah. Sesuai untuk sarapan pagi mahupun minum petang.
Jom MyResipi kongsikan resipi oleh Empunya Resepi melalui laman sesawang Facebook.
Baca juga: Donut Labu Anti Gagal, Ini Cara Betul Buat Doh
RESIPI PAU MALAYSIA
Bahan A:
- 1 kg Tepung High Protein
- 6 Sudu Besar Gula Pasir
- 3 Sudu Besar Susu Tepung
- 3/4 sudu besar Bread Improver
- 1 paket Yis (11gram)
- 1 sudu teh garam
Bahan B:
- 500 ml Air Sejuk
- 1 biji Telur Gred B/C
- 3 sudu besar marjerin
Cara membuatnya:
1. Campurkan semua bahan A menggunakan mixer sehingga sebati.
2. Masukkan Bahan B sedikit demi sedikit sambil terus mengadun. Masukkan telur, kemudian marjerin.
3. Putar adunan sehingga elastik.
4. Rehatkan doh selama 15 minit.
5. Bulatkan doh mengikut saiz yang diinginkan.
6. Taburkan tepung gandum sebelum meletakkan doh yang dibulatkan.
7. Goreng burger sehingga keemasan.
8. Potong burger tanpa putus, susun salad dan timun. Letak sambal bilis dan ikan bilis goreng.
Tip jika tidak menggunakan mixer:
1. Campurkan tepung, air, gula dan susu sehingga sebati. Rehatkan sekurang-kurangnya 3 jam.
2. Kemudian, masukkan bahan lain. Uli sehingga doh sebati dan cantik. (Kira-kira 10 minit)
3. Rehatkan 30 minit sebelum dibulatkan.
Tips:
- Biarkan doh yang dibulatkan ditiup dengan kipas sebelum digoreng untuk mengelakkan kelembapan berlebihan dan agar doh tidak melekat di tangan.
- Pastikan api perlahan untuk memastikan warna gorengan cantik.
Senang sahaja kan resipi ini? Apa lagi, moh ler cuba!
Kredit resipi: Empunya Resepi
Baca juga: DIY Air Rebusan Pink Untuk Kempis Perut, Automatik Hilang Buncit!