Resepi Pad Thai ini sangat sedap dan mudah. Oleh sebab itu menu ini sangat popular kalangan penjual-penjual makanan jalanan di Thailand.
Pergilah ke daerah mana-mana pun di negara gajah putih, pasti anda boleh mendapatkan hidangan ini dengan mudah.
Jika anda teringin nak rasa tapi entah bila dapat berkunjung ke negara Thailand, jom cuba masak sendiri pad Thai di rumah.
Baca juga: Resipi Tomyam Putih Asli Thai Tanpa Guna Pes Segera, Dijamin Hirup Kuah Sampai Licin!
1. Satukan bahan-bahan sos pad Thai. Pastikan rasa masin, masam dan manisnya seimbang. Ketepikan.
2. Tumis bawang putih hingga wangi, masukkan udang dan masak seketika.
3. Masukkan phad thai, taugeh, tauhu goreng, daun bawang, lobak masin dan tuangkan sos pad thai tadi. Kemudian gaul rata.
4. Ketepikan pad thai, tuang telur dan kacau hingga telur masak garing. Selepas itu gaul sehingga semuanya sebati.
5. Tabur chilli flakes, kacang tanah tumbuk, hirisan daun ketumbar dan hirisan limau nipis semasa menghidang pad thai goreng. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Rozmaliza Omar
Baca juga: Resipi Sup Daging Thai ‘Padu’, Masak Tanpa Guna Minyak & Tanpa Tumis
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…