Memilih menu yang tepat untuk diet adalah sangat penting kerana ia akan menentukan sama ada usaha kita untuk menurunkan berat badan itu berjaya atau tidak.
Dalam amalan diet, pengurangan karbohidrat dan gula merupakan perkara asas yang perlu diikuti.
Bukan tidak boleh sentuh langsung makanan tersebut, tetapi perlu diambil dengan jumlah yang sedikit. Maka, semasa melakukan diet ramailah yang ‘craving’ nak makan macam-macam.
Baca juga: Resepi ‘Chicken Salad’ B40, Korang Guna Je 3 Herba Ini
Disebabkan oleh itu para pengamal diet telah pun melakukan inovasi terhadap makanan yang diambil bagi mengekalkan jumlah kalori yang dibenarkan.
Mesti korang pernah dengar tentang ‘nasi goreng’ tanpa nasi kan? Bagi mereka yang sedang berdiet, rasanya pasti tahu akan menu ini.
Kalau nak makan nasi goreng dengan jumlah yang banyak rasa ‘berdosa’ pula. Jadi, timbullah idea resipi ‘nasi goreng’ tanpa nasi ini.
Macam mana nak buat? Jom kita lihat resipi diet berikut:
Bahan-bahan:
2 cawan bunga kobis parut
Bahan bumbu:
5 biji cili api
2 ulas bawang putih
½ labu bawang besar
2 sudu besar ikan bilis
Cara-caranya:
1. Panaskan minyak
2. Tumis bahan bumbu
3. Kemudian, apabila telah aik bau, tambahkan garam, serbuk perasam (dengan jumlah yang sikit)
4. Kacau semuanya hingga sebati.
5. Akhir sekali, masukkan bunga kobis yang telah diparut.dikisar.
6. Goreng sehingga bunga kubis masak. Siap untuk dimakan.
Cara simpan tauge sebenarnya tidaklah susah. Sayur ini memang antara bahan masakan yang mudah layu,…
Cara buat udang buttermilk sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan menggunakan beberapa bahan asas seperti…
Resepi tomyam Fizo Omar ini tampil dengan sedikit kelainan menerusi sentuhan sendiri yang menjadikan rasanya…
Cara turunkan kencing manis sering menjadi persoalan, terutama bagi mereka yang ingin mengawal paras gula…
Daging itik mempunyai tekstur yang sedikit berbeza berbanding ayam dan mengambil masa lebih lama untuk…
Pajeri kedondong merupakan antara hidangan yang boleh dicuba jika ingin menikmati lauk berasaskan buah dengan…