Resepi Nasi Goreng Budak Sekolah ini sangat wajib dicuba oleh ibu-ibu untuk anak tersayang. Sesuai dijadikan menu sarapan pagi ataupun bekal ke sekolah.
Walaupun hanya menggunakan ‘telur’ sebagai lauk, namun ianya sudah cukup enak dan menyelerakan. Anak-anak juga pasti makan dengan berselera!
Baca juga: Resipi Mudah Mi Goreng Budak Sekolah, Tekstur Sedikit Basah-Basah & Memang Sedap
Berikut merupakan resipi lengkap perkongsian oleh Puan Ida Shahida.
“Apa tandanya nasi goreng dah masak? Bila nasi goreng anda sudah mengeluarkan asap yang banyak baru lah tandanya nasi goreng anda dah ‘ masak’. Baru akan jadi sedap, jika tidak nasi goreng itu akan jadi ‘ NASI GAUL’ cuma sebab tiada ciri-ciri nasi yang digoreng sempurna. Mesti ketahui teknik betul supaya sempurna rasanya.
Kalau tak ada lauk nak makan atau tak tau nak masak apa atau malas nak masak. Masak nasi buat nasi goreng ni. Tekur 2-3 biji, dah sangat sedap. Mesti habis dimakan.
Senang je. Anda goreng lah nasi tu sampai nasi goreng itu berasap. Baru tanda nasi goreng itu dah masak dan jadi sedap! Kalau nasi goreng tidak berasap maknanya nasi goreng itu belum masak lagi!”
Bahan-bahan:
Cara memasak:
1. Mula-mula buka api paling besar sekali. Panaskan minyak dan tumis bawang putih.
2. Masukkan telur dan kacau sehingga kancur dan masak sempurna.
3. Kemudian, masukkan nasi dan gaul sebati sehingga berasap.
4. Apabila sudah berasap, masukkan garam, serbuk perasa/ajinomoto dan sedikit lada hitam. Gaul sehingga berasap (pastikan guna api paling besar).
5. Siap dan sedia untuk dihidangkan.
Bahan-bahan:
Cara memasak:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih. Masukkan telur dan kacau-kacau telrr semasa dalam kuali supaya jadi hancur dan betul betul masak. K
2. Masukkan potongan cili kering dan nasi. Kacau sehingga sebati. Masukan garam/serbuk perasa, lada sulah dan minyak bijan.
Kalau suka nasi goreng yang lagi pedas, ikut cara yang sama seperti versi 1. Bezanya cuma perlu masukkan cili kering kisar setelah dimasukkan nasi dan diikuti langkah seterusnya. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Ida Shahida
Baca juga: Cara Buat Pes Nasi Goreng, Bila Nak Masak Tinggal Masukkan Nasi & Sayur Je!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…