Categories: Resipi

Resipi Nasi Ayam Madu, Sedap & Kenyang Sampai Tersandar

Meskipun bahan untuk resipi nasi ayam madu ini kelihatan banyak dan nampak sukar, tapi jangan takut untuk cuba kerana sangat berbaloi dengan rasanya.

Resipi oleh Cik Puan Nur Masri ini jika ikut dengan betul, masa penyediaan hanyalah kurang dari sejam sahaja.

Jom kita cuba resipi lengkap nasi ayam madu yang dikongsikan menerusi laman sosial muka buku ini.

Baca lagi: Resipi Bahulu Guna Sukatan Cawan, Hanya Perlu 4 Bahan ‘Basic’ Ini

RESIPI NASI AYAM MADU

Bahan untuk Ayam (Direbus):

  • 1 ekor ayam
  • 1 inci halia (diketuk)
  • 1 kiub ayam
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 batang kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • Air secukupnya

Bahan untuk Ayam (Diperap):

  • 1 sudu kecil pewarna oren
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 cm halia (ditumbuk halus)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 2 sudu besar madu (untuk sapu pada ayam selepas goreng)

Bahan untuk Nasi:

  • 4 cawan beras
  • 5 cawan air rebusan ayam
  • 2 sudu besar minyak sapi atau butter
  • 2 cm halia (ditumbuk halus)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
  • 2 ulas bawang merah (ditumbuk halus)
  • Sedikit garam
  • 2 bunga lawang*
  • 4 biji buah pelaga*
  • 1 batang kayu manis*
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 2 helai daun pandan
  • Sedikit serbuk kunyit

Bahan untuk Sos:

  • 6 biji cili merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cm halia (jika suka)
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula
  • ½ cawan air

Bahan untuk Sup:

  • Air rebusan ayam
  • 1 biji bawang merah dan 1 ulas bawang putih (dikisar)
  • Rempah sup bunjut
  • Garam
  • Lada sulah
  • Daun sup dan daun bawang yang dihiris
  • Bawang putih dan bawang merah digoreng

Bahan untuk Kuah Kicap:

  • Kuah kicap perapan ayam
  • Kicap manis
  • Air rebusan ayam

Bahan Hiasan:

  • Daun salad
  • Timun
  • Tomato

Cara Penyediaan Ayam:

1. Bersihkan ayam dan toskan airnya.

2. Rebus ayam bersama kiub ayam, halia, bunga lawang, kayu manis, dan buah pelaga sehingga empuk.

3. Angkat ayam dan gantung untuk tos airnya. Sapu pewarna oren dan perap dengan bahan perapan selama 30 minit.

4. Goreng ayam dalam minyak dengan api sederhana hingga masak. Selepas goreng, sapukan madu pada ayam semasa masih panas.

Cara untuk Memasak Nasi:

1. Basuh beras dan toskan airnya.

2. Panaskan butter atau minyak sapi dan tumiskan rempah tumis, daun pandan, serai, halia, dan bawang sehingga wangi.

3. Masukkan beras dan masak seketika hingga naik aroma. Kemudian, masukkan air rebusan ayam, garam, dan sedikit serbuk kunyit. Masak nasi seperti biasa.

Cara untuk Memasak Sup:

1. Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa.

2. Taburkan bawang goreng dan hirisan daun bawang serta daun sup sebelum dihidangkan.

Cara untuk Memasak Sos:

1. Kisar semua bahan sos hingga halus. Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma.

Cara untuk Memasak Kuah Kicap:

1. Campurkan semua bahan kuah kicap dan masak sehingga mendidih.

Sumber: Nur Masri

Baca lagi: Siakap Kengsom Thai, Ikut Resipi Ini Sama Sedap Dengan Kedai Akak Tomyam!

Aisha Qistina

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago