Pagi ini kami kongsikan resipi mi goreng mamak yang boleh buat teringat-ingat. Makan pula bersama teh tarik memang orang kata, ngam soi.
Resipi ini terlalu mudah untuk anda cuba dan olah mengikut selera sendiri. Dalam 30 minit sahaja masa penyediaan mi goreng mamak ini.
Jom kita baca di bawah.
Baca lagi: Bukan Saja Boleh Panaskan Makanan, Rupanya Ada 7 Fungsi Lain Microwave
Bahan-bahan:
Cara Penyediaan Mee Goreng Mamak:
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis lada kering yang telah dikisar bersama bawang merah dan bawang putih. Kacau hingga bahan tumis naik bau dan garing. Pastikan api tidak terlalu besar supaya bahan tumis tidak hangus.
2. Setelah bahan tumis garing, masukkan 2 sudu makan seafood sos Adabi, 2 sudu makan sos cili, 6 sudu makan kicap, dan setengah paket perencah Maggi Kari.
3. Tambahkan sedikit air untuk menghasilkan kuah yang sedikit, agar mee lebih lembut dan tidak kering. Kacau hingga semua bahan sebati.
4. Masukkan sotong atau udang yang telah dibersihkan, serta fish cake atau fish ball yang telah dihiris. Biarkan bahan-bahan ini masak sebentar dalam kuah sehingga sotong dan udang bertukar warna dan fish cake sedikit kembang.
5. Masukkan sayur sawi atau taugeh, bergantung kepada pilihan anda. Pecahkan dua biji telur ke dalam kuali dan kacau sehingga telur sebati dengan bahan tumisan. Perasakan dengan garam secukupnya, tetapi pastikan anda rasa terlebih dahulu kerana perencah Maggi Kari dan kicap juga sudah memberikan rasa masin.
6. Akhir sekali, masukkan mee kuning yang telah dibasuh bersih ke dalam kuali. Gaul sebati dengan bahan tumisan sehingga mee berwarna rata dengan kicap dan sos.
7. Pastikan semua bahan bercampur dengan sekata dan mee goreng masak sepenuhnya. Jika mee kelihatan terlalu kering, tambahkan sedikit air dan kacau perlahan-lahan.
8. Setelah mee masak sepenuhnya dan semua bahan telah sebati, angkat dan hidangkan Mee Goreng Mamak panas-panas.
9. Hidangan ini boleh dimakan begitu sahaja atau dihidangkan bersama hirisan limau nipis untuk rasa yang lebih segar.
Tips untuk Mee Goreng Mamak yang Sempurna:
Sumber: Ibu Resepi
Baca lagi: Resipi Ayam Lemon Tak Jemu Mengunyah, Memang Nombor Satu!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…