resipi mi goreng basah

Resipi mi goreng basah memang antara hidangan yang cukup popular, mudah disediakan, dan penuh dengan rasa seperti manis, masin dan pedas.

Gabungan bahan-bahan seperti udang, sotong, ayam, serta sayuran menjadikan hidangan ini lebih menyelerakan. Lebih-lebih lagi jika dihidangkan sewaktu masih berasap.

Kalau anda tercari-cari resipi mi goreng basah yang senang tetapi tetap enak, jom cuba resipi ini!

Baca lagi: Gulai Sardin, Begini Cara Masukkan Mangga Untuk Kuah Rasa ‘Lejen’

RESIPI MI GORENG BASAH

Bahan-Bahan:

  • 1 bungkus mi goreng (400 gram)
  • Udang, sotong, ayam, atau daging (boleh pilih mengikut kesukaan)
  • 2 keping fish cake, dihiris (boleh juga guna fish ball)
  • 50 sen sawi, dipotong-potong
  • Taugeh (jika suka)
  • 5 sudu besar cili kering yang sudah diblend dengan bawang putih dan bawang merah
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 4 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • ½ cawan air
  • Maggi cukup rasa atau garam secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-Cara Penyediaan:

1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dengan api sederhana.

2. Tumis campuran cili kering, bawang putih, dan bawang merah yang sudah dikisar sehingga garing dan naik bau.

3. Masukkan kicap manis, sos tiram, dan sos cili. Kacau rata sehingga campuran sebati.

4. Masukkan setengah cawan air, biarkan mendidih dan pekat seketika untuk memastikan semua bahan-bahan bercampur sempurna.

5. Tambahkan udang, sotong, fish ball, dan fish cake ke dalam kuali. Kacau sehingga bahan-bahan laut ini masak dan beraroma.

6. Setelah bahan-bahan laut masak, masukkan mi goreng ke dalam kuali. Kacau rata dengan bahan-bahan lain sehingga mi sebati dengan sos.

7. Masukkan kicap pekat untuk memberikan warna yang lebih gelap dan rasa yang lebih kaya kepada mi. Kacau rata.

8. Rasa dulu mi anda. Jika rasa masinnya belum cukup, tambahkan sedikit serbuk cukup rasa atau garam mengikut selera.

9. Akhir sekali, masukkan sawi dan taugeh. Kacau sekejap sahaja dan terus tutup api supaya sayur tidak terlalu layu dan masih rangup.

Anda juga boleh tambah telur atau perahan limau kasturi. Selamat mencuba!

Sumber: Uwan Nolly Epin

Baca lagi: Resipi Lawar Kuinin, Lauk Orang Kampung Yang Tak Perlu Masak Atas Api

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN