Pelbagai jenis hidangan mi tersedap yang ada di Malaysia dan kami rasa ramai yang masih belum tahu tentang resipi Mee Sanggul yang cukup mudah.
Mee Sanggul sebenarnya lebih kurang sama seperti spaghetti fettucini iaitu bentuknya yang lebar dan panjang membuatkannya sedap dimakan dengan hidangan yang berkuah.
Baca juga: Baru Tahu Boleh Buat Mee Goreng Sedap Tanpa Cili Kisar, Guna Bahan ‘Ini’ Saja
Ia dipanggil Mee Sanggul kerana bentuk mee ini yang sama seperti sanggul (sebelum direndam). Selain itu, ia mempunyai keistimewaan untuk menyerap kuah yang enak.
Antara hidangan yang menggunakan mee sanggul sebagai asasnya adalah seperti mee hailam, tapi kami baru saja menjumpai resipi yang paling mudah dibuat di rumah.
Shariatul Alia telah kongsikan resipi Mee Sanggul Tumis Ayam di Facebook yang cukup mudah tanpa langkah yang banyak. Jom kita cuba!
Bahan-bahan:
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.
2. Selepas itu, masukkan serbuk lada hitam ikut banyak mana yang disukai, kemudian masukkan ayam dan tumis sampai masak elok.
3. Seterusnya, masukkan air sehingga tenggelam mee sanggul sebungkus (saya letak sebungkus setengah untuk 4 orang makan), kemudian masak sehingga mee lembut.
4. Akhir sekali, masukkan daun sup dan daun bawang, kemudian perasakan dengan garam secukup rasa dan matikan api dapur. Siap untuk dihidang!
Lihat sendiri betapa mudahnya resipi Mee Sanggul Tumis Ayam ini sampaikan ramai yang memuji kesedapannya. Manalah tahu sudah bosan dengan nasi, boleh cuba hidangan ini pula nanti.
Resipi ini bukan saja sesuai buat seisi keluarga, malah ia juga merupakan pilihan tepat sebagai hidangan untuk tetamu atau berkelah bersama orang tersayang. Makan panas-panas lagi terangkat!
Selamat mencuba!
Sumber: Shariatul Alia
Baca juga: Mee Celup Thai, Guna Resipi Ini Dapat Hasil Kuah Yang Mantap Merecik!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…