Categories: Resipi

Resipi Masak Lemak Siput Sedut, Sekali Cuba Pasti Nak Lagi

Umum tahu siput sedut ni kalau masak lomak mesti sedap lagi-lagi kalau yang pedas and pekat punya.

Tapi pasti semua rasa renyah kalau nak basuh dan siang siput ni sebab cangkerang dia yang keras tu susah nak sental bukan.

Peminat-peminat siput sedut boleh la cuba resipi ni mana tahu kena dengan cita rasa korang.Nanti dah cuba boleh masak selalu tak payah pergi kedai beli lauk yang dah siap masak tu.

Dekat sini Mak Busu ada terangkan cara nak bersihkan siput sedut ni ikut cara Mak Busu dan juga cara masak lemak cili api ‘style’ mak busu.

Resipi Siput Sedut Masak Lemak Cili Api Yang Simple Ala Mak Busu


Cara-cara:

  1. Basuh siput dengan kasih sayang. Mak Busu guna batu tumbuk sebagai penyental. Tapis dan lalukan air.Jika perlu ulang berkali-kali.
  2. Masukkan dalam bekas, letak sedikit air dan taburkan garam kasar. Biarkan untuk beberapa minit.
  3. Tambah air dan kacau. Ambil siput guna tangan. Jika tuang dalam tapis dikhuatiri pecahan kulit akan terikut sama.
  4. Kemudian,tabur sedikit serbuk kunyit.
  5. Tumbuk cili api dan kunyit hingga lumat.
  6. Masukkan bahan tumbuk,serai,siput,daun kunyit yang sudah disiat dan sedikit air. Mak Busu masukkan sedikit tomato yang dah dihiris (untuk dapat khasiat tambahan).
  7. Masukkan santan(mak busu guna santan kotak je), asam keping. Kecilkan api. Bila santan dah masak masukkan garam kasar. Bila nak hidang,taburkan daun kunyit yang dihirs pula.

Bila dah siap tu makan dengan nasi panas sedap betul. Pastu korang boleh juga makan dengan sambal Biji Ranti dan Terung Goreng Tepung Bersira Macam Mak Busu kita ni buat.

Kredit: Siti Hawa Yahya

Baca juga:

Cara Buat Kari Kambing Style Mamak Tanpa Santan, Lagi Padu! – MyResipi

Fatin

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago