Siput Sedut

Umum tahu siput sedut ni kalau masak lomak mesti sedap lagi-lagi kalau yang pedas and pekat punya.

Tapi pasti semua rasa renyah kalau nak basuh dan siang siput ni sebab cangkerang dia yang keras tu susah nak sental bukan.

Peminat-peminat siput sedut boleh la cuba resipi ni mana tahu kena dengan cita rasa korang.Nanti dah cuba boleh masak selalu tak payah pergi kedai beli lauk yang dah siap masak tu.

Dekat sini Mak Busu ada terangkan cara nak bersihkan siput sedut ni ikut cara Mak Busu dan juga cara masak lemak cili api ‘style’ mak busu.

Resipi Siput Sedut Masak Lemak Cili Api Yang Simple Ala Mak Busu


Cara-cara:

Siput Sedut

  1. Basuh siput dengan kasih sayang. Mak Busu guna batu tumbuk sebagai penyental. Tapis dan lalukan air.Jika perlu ulang berkali-kali.
  2. Masukkan dalam bekas, letak sedikit air dan taburkan garam kasar. Biarkan untuk beberapa minit.Siput Sedut
  3. Tambah air dan kacau. Ambil siput guna tangan. Jika tuang dalam tapis dikhuatiri pecahan kulit akan terikut sama.Siput Sedut
  4. Kemudian,tabur sedikit serbuk kunyit.Siput Sedut
  5. Tumbuk cili api dan kunyit hingga lumat.
  6. Masukkan bahan tumbuk,serai,siput,daun kunyit yang sudah disiat dan sedikit air. Mak Busu masukkan sedikit tomato yang dah dihiris (untuk dapat khasiat tambahan).
  7. Masukkan santan(mak busu guna santan kotak je), asam keping. Kecilkan api. Bila santan dah masak masukkan garam kasar. Bila nak hidang,taburkan daun kunyit yang dihirs pula.Siput Sedut

Bila dah siap tu makan dengan nasi panas sedap betul. Pastu korang boleh juga makan dengan sambal Biji Ranti dan Terung Goreng Tepung Bersira Macam Mak Busu kita ni buat.

Kredit: Siti Hawa Yahya

Baca juga:

Cara Buat Kari Kambing Style Mamak Tanpa Santan, Lagi Padu! – MyResipi

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN