Anda wajib mencuba resipi laksa sekiranya anda penggemar hidangan ini. Kadang-kadang, kalau beli di luar mesti tak kena selera dengan kuah yang ceroi, masin, ataupun tak cukup bahan.
Resipi perkongsian oleh Cik Puan Aina Nik menerusi laman sosial Facebook ini sangat sempurna dengan tip dan petua untuk mendapatkan rasa laksa yang sangat sedap.
Di samping itu, Cik Puan Aina Nik juga berkongsi pemilihan ikan untuk membuat laksa ini haruslah menggunakan ikan curut atau ikan sardin segar supaya rasanya memuaskan.
Jom baca resipi penuh di bawah ini.
Baca lagi: Tip Sambal Sotong Tak Berair Bila Masak, Elok Lembut Gebu & Tak Kecut!
Bahan-bahan:
Bahan A: Mi
1. Rebus mi.
2. Selepas direbus, angkat, tapis, dan cuci. Ini bertujuan agar mi tahan lebih lama dan tidak cepat basi.
Tip:
Bahan B: Ikan
1. Siang, cuci, dan buang insang serta sisik ikan.
2. Rebus ikan bersama 2-3 keping asam untuk menghilangkan bau hanyir. Pemilihan ikan sangat penting untuk memastikan kuah laksa sedap.
3. Untuk 12-15 orang, 10 ikan sudah cukup. Pastikan sukatan airnya cukup untuk menenggelamkan ikan, kerana air rebusan ini akan digunakan sebagai kuah laksa.
4. Setelah rebus, sejukkan dan asingkan isi ikan dari tulang.
5. Ambil isi ikan dan masukkan air rebusan hingga tenggelam ikan, kemudian kisar hingga halus. Buat hingga habis semua isi ikan.
6. Untuk tulang temulang dan kepala ikan, kisar dengan air rebusan sehingga tulang menjadi putih dan semua perasa serta nutrisi diperoleh. Ketepikan air kisaran ini.
Bahan C: Cili Kering
1. Ambil segenggam cili kering, buang biji, dan cuci untuk menghilangkan habuk dan kulat.
2. Rebus cili hingga mendidih, kemudian tapis.
Tip:
Bahan D: Bahan Perasa
Kisar bahan-bahan yang bertanda *.
Cara Penyediaan:
1. Masukkan semua bahan B, C, dan D ke dalam periuk besar. Rebus hingga mendidih. Rebus cili terlebih dahulu bersama asam keping, dan setelah mendidih, barulah masukkan bahan-bahan lain.
2. Jika kuah terlalu pekat, anda boleh menambah air mengikut kesesuaian rasa.
3. Laksa sedia untuk dihidangkan!
Selamat mencuba!
Sumber: Aina Nik
Baca lagi: Resipi Mini Pizza Roti, Mudah & Sedap Memang Ralit Mengunyah!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…