Pernah dengar pasal kuih jawa red velvet? Sebelum ni asyik viral tentang donut red velvet je dekat sosial media. Apa kata kali ni kita cuba buat kuih penyaram atau dikenali juga sebagai kuih jawa tapi versi red velvet.
Resipi Kuih Penyaram/ Kuih Jawa Red Velvet
Bahan-bahan:
- 2 cawan tepung gandum (Cap sauh)
- Setengah cawan tepung beras (Cap tiga gajah)
- Setengan cawan tepung pulut (Erawan brand)
- 1 cawan gula apong kalau tak ada gula ini, boleh je guna gula pasir
- 1 setengah cawan air
- 1 sudu makan Emulco Red Velvet
- * Gunakan cawan yang sama untuk sukatan kesemua bahan di atas
Kalau nak buat banyak, gandakan je bahan-bahan.
Cara penyediaan:
- Masukkan kesemua bahan, kecuali Emulco Red Velvet. Gaul sehingga betul-betul sebati atau tidak berketul. Nak guna blender pun boleh. Blend selama 5 minit atau sehingga adunan dah sebati.
- Tapis adunan tadi menggunakan penapis tepung. Masukkan Emulco Red Velvet . Kacau lagi sehingga sebati dan adunan mengeluarkan buih. Dah keluar buih, baru stop kacau. Perap 4-5 jam atau lebih baik semalaman.
Tips Semasa Menggoreng:
- Kacau terlebih dahulu adunan yang telah diperap.
- Gunakan kuali kecil atau kuali melengkung.
- Minyak jangan terlalu banyak atau sedikit.
- Gunakan api kecil dari mula sehingga selesai menggoreng. Api tidak boleh sekejap kecil, sekejap besar ya, maintain guna api kecil.
Senang rupanya nak buat kuih jawa ni. Selamat mencuba.
Kredit: Ezraa La
Baca juga:
Resipi Donut Red Velvet ‘Viral’ Yang Gebu & Lembut, Satu Adunan Dapat 12 Biji