PENULIS
myResipi
KATEGORI
Artikel
POSTED ON
2020-09-11 06:04:50
Bagi yang belum pernah lagi cuba membuat kek, pasti sesekali teringin membuatnya sendiri. Namun, ramai yang masih teragak-agak kerana bimbang kek mereka tak jadi. Betul tak? Sebenarnya buat kek ini tidaklah sukar seperti yang korang fikirkan. Kali ini kami kongsikan resepi tiramisu daripada Norlailanazira Mohd Agos yang mudah dipelajari. Memang sangat sesuai untuk mereka yang baru pertama kali nak cuba 'baking'!
Kredit: Norlailanazira Mohd Agos
Penyediaan Kek Span
Bahan-bahan:
- 300g vanilla sponge mix
- 300g telur (timbang tanpa kulit)
- 60g air
Cara-cara:
- Satukan semua bahan diatas kemudian ke dalam mixer dan adunkan sehingga teksturnya nampak kembang. Pastikan adunan nampak berlipat baru masukkan 60g minyak sayuran atau minyak masak. Kemudian, kaupkan menggunakan spatula sahaja sehingga sebati.
- Kemudian, letakkan baking paper pada loyang 8 ke 9 inci pada bahagian bawah sahaja. Kemudian, masukkan adunan tadi.
- Panaskan oven 10 minit awal kemudian bakar 40 minit suhu 170 api atas bawah.
- Apabila kek sudah cukup masak, terbalikkan atas redai dan cabutkan baking paper. Biarkan seketika.
Kredit: Norlailanazira Mohd Agos
Penyediaan Tiramisu
Bahan-bahan:
- 250g non diary whipping cream/fresh cream
- 250g cream cheese
- 2 sudu besar susu pekat
- 1 sudu kecil nescafe (dibancuh setengah cawan)
Cara-cara:
- Satukan non-diary whipping cream, cream cheese dan susu pekat dan pukul sehingga sebati dan kembang.
- Potong kek kepada tiga lapisan seperti dalam gambar. Gunakan pisau pemotong roti supaya kek nampak lebih kemas.
Kredit: Norlailanazira Mohd Agos
- Untuk lapisan pertama, letakkan air bancuhan nescafe tadi ke atas permukaan kek. Ini supaya dapat memberikan rasa pahit.
Kredit: Norlailanazira Mohd Agos
- Kemudian, sapukan whipping cream yang sudah siap di pukul tadi ke seluruh permukaan lapisan pertama sehingga rata.
Kredit: Norlailanazira Mohd Agos
- Ulang langkah yang sama sehingga ke lapisan yang ketiga. Kek akan kelihatan sepeti ini.
Kredit: Norlailanazira Mohd Agos
- Setelah itu, sapukan lebihan whipping cream tadi ke seluruh permukaan kek tadi sehingga ia nampak tertutup seperti ini.
Kredit: Norlailanazira Mohd Agos
- Akhir sekali, hiaskan kek dengan menabur sedikit serbuk nescafe dan buah strawberi. Hiasan terpulang mengikut citarasa masing-masing.
Kredit: Norlailanazira Mohd Agos
Siap! Selamat datang ke dunia ‘baking’ dan selamat mencuba!