Categories: Resipi

Resipi Kek Pisang Coklat Kayangan, Tak Perlu Guna Telur & Minyak Pun!

Jika anda sedang tercari-cari resipi kek pisang coklat yang tidak menggunakan telur serta minyak tetapi rasa masih onz, resipi inilah jawapannya!

Resipi ini menggunakan pisang berangan, coklat, dan bahan-bahan mudah yang lain untuk menghasilkan kek yang lembut dan moist. Tambahan pula, resipi ini bebas telur dan minyak, menjadikannya pilihan yang lebih sihat.

Jom kita tengok resipi lengkap di bawah.

Baca lagi: Cara Buat Fish & Chips, Wajib Makan Bersama ‘Ini’ Untuk Elak Muak!

RESIPI KEK PISANG COKLAT KAYANGAN

Bahan-bahan:

  • 4 biji pisang berangan (lenyekkan)
  • 1/2 cawan susu full cream/fresh
  • 1/2 sudu besar cuka (untuk buat buttermilk)
  • 120g gula perang
  • 115g mentega (cairkan)
  • 160g tepung naik sendiri *
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat *
  • 25g serbuk koko *
  • 1/2 sudu kecil garam * (* ayak bersama)

Bahan Hiasan:

  • Walnut, badam, atau kekacang pilihan
  • Coklat cip atau coklat chunk

Cara-cara:

1. Campurkan susu dengan cuka, biarkan selama 10 minit untuk membentuk buttermilk.

2. Dalam mangkuk besar, satukan buttermilk dan gula perang. Kacau hingga sebati dengan menggunakan whisk.

3. Masukkan mentega cair dan kacau lagi hingga sebati.

4. Ayak bersama tepung naik sendiri, soda bikarbonat, serbuk koko, dan garam.

5. Masukkan bahan kering ini ke dalam adunan buttermilk dan kacau sehingga sebati.

6. Tambahkan pisang yang telah dilenyek ke dalam adunan dan gaul rata.

7. Tuangkan adunan ke dalam loyang berukuran 7 inci atau loyang loaf yang sesuai.

8. Jika suka, masukkan segenggam coklat cip dan kekacang ke dalam adunan.

9. Taburkan coklat cip, coklat chunk, dan kekacang di atas permukaan adunan kek untuk menambah tekstur dan rasa.

10. Panaskan oven pada suhu 150°C selama 10-15 minit terlebih dahulu.

11. Bakar kek selama 45 minit atau sehingga masak. Uji dengan mencucuk lidi, jika keluar bersih, kek telah masak.

Nota Tambahan:

  • Untuk rasa yang lebih mewah, gunakan coklat berkualiti tinggi seperti Callebaut dan mentega tulen.

Sumber: Suzanah Zakaria 

Baca lagi: Cara Buat Sup Cendawan Pekat, Lazat & Rasa Berlemak, Hirup Sampai Licin!

Aisha Qistina

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago