Categories: ResipiTips & Petua

Resipi Jus Tomato Yang Sihat, Amal Minum Selalu Elok Untuk Jantung

Salah satu petua kesihatan untuk menjaga jantung adalah dengan mengamalkan minum jus tomato. Buah tomato mempunyai banyak khasiatnya yang tersendiri, salah satunya adalah elok untuk jantung.

Jantung memainkan peranan yang sangat penting terhadap badan kita. Fungsi utama jantung ada untuk mengalirkan darah kaya oksigen ke seluruh bahagian tubuh.

Jika organ ini tidak dijaga dengan baik, boleh menyebabkan serangan jantung sekaligus menyebabkan kematian.

Jom baca lebih lanjut perkongsian perihal tomato dan jantung yang dikongsikan oleh Suzy Honey di bawah.

Sesiapa yang rasa jantung sudah nak tersumbat atau hendak jaga jantung rajin-rajinlah minum jus Tomato ya.

Tomato bukan sahaja bagus untuk kulit sahaja tetapi sebenarnya bagus untuk kesihatan jantung. Ianya di buktikan dengan kajian dan juga dengan “Doctrine of Signatures” iaitu bahagian dalam pada bentuk buah atau pokok menggambarkan sesuatu organ pada tubuh badan manusia.

Kebanyakan cara orang lama dahulu mengenal pasti khasiat kegunaan jenis buah atau pokok dari tanda-tanda itu. Ya lah, pada zaman dahulu bukannya kajian-kajian secara saintifik.

Tomato mengandungi komponen seperti lycopene, fenolik, flavonoid, vitamin C, dan vitamin E yang berfungsi sebagai agen antioksida juga antikanser.

Saya tidak suka makan buah tomato begitu sahaja jadi saya lebih suka tomato dibuat jus. Mudah untuk saya minum.

Cara buat jus tomato

Caranya mudah sahaja. Carilah tomato yang baik keadaannya dan pastikan rendam dengan air garam sekejap untuk buang racun- racun buah yang pasti di semburkan oleh penanamnya. Kecuali tomato yang di tanam sendiri.

Ambil tomato 2 biji dan saya campurkan blend dengan 1 ke 2 gelas susu segar rendah lemak ( low fat) dan kali ini saya memilih susu lebih protein untuk tulang sekali.

Blenderkan semua lepas itu terus diminum. Jangan dibiarkan lama.

Sudah pasti minuman yang kita buat sendiri selamat dan seusia juga jika mahu diberikan kepada anak- anak seisi keluarga. Sesekali apa salahnya paksa mereka minum untuk jaga kesihatan.

Sumber: Suzy Honey

Nasiha

Recent Posts

Resepi Tiramisu Mudah, Wanita Ini Tunjuk Langkah Demi Langkah Sampai Lembut Berkrim

Apabila nampak tiramisu depan mata, pasti ramai yang teruja untuk menikmatinya. Sudah sering beli di…

12 hours ago

Cucur Badak Frozen Lembut Dan Gebu, Nak Buat Inti Sedap Guna Resipi Ini

Terdapat beberapa jenis kuih goreng yang disejuk bekukan supaya boleh dimakan pada bila-bila masa dan…

12 hours ago

Piala Emas Untuk Nasi Ulam Bunga Telang, Tukang Masak Malaysia Harumkan Nama Negara di Jepun

Baru-baru ini, Malaysia mendapat khabar gembira tentang kemenangan seorang tukang masak iaitu Chef Safura Tawil…

13 hours ago

Resepi Perap Ayam Bakar Pelbagai Guna, Boleh Buat Banyak Jenis Hidangan

Tak susah sebenarnya nak sediakan hidangan lauk yang mudah tanpa perlu menggoreng atas kuali. Guna…

14 hours ago

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

3 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

3 days ago