resipi jemput kelapa

Selamat pagi! Dah ada idea nak makan apa untuk sarapan pagi? Jangan risau, entri kali ini adalah resipi jemput kelapa yang sesuai untuk makan pagi.

Jemput kelapa ini rasa yang berlemak dan makan pula ketika masih panas, confirm seharian itu anda akan dalam keadaan good mood.

Tak percaya? Jom cuba resipi oleh Cik Puan Eniza M. Salim melalui laman sesawang Facebook.

Baca juga: Lempeng Pisang Kelapa, Orang Dulu Guna Pisang Jenis ‘Ini’ Baru Sedap

RESIPI JEMPUT KELAPA

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 3 sudu besar tepung beras
  • 1 cawan kelapa putih sahaja
  • 1/4 cawan gula (ikut kemanisan yang diingini)
  • Secubit garam
  • Susu cair
  • Air secukupnya

Cara Penyediaan:

1. Satukan semua bahan di atas ke dalam sebuah bekas besar.

2. Masukkan air dan sedikit susu cair secara bertahap sehingga mendapatkan adunan yang sederhana pekat.

3. Gunakan senduk atau whisk untuk mengacau adunan sehingga sebati. Pastikan adunan tidak terlalu cair. Jika cair, tambahkan sedikit lagi tepung atau kelapa.

4. Panaskan minyak dalam periuk atau kuali. Pastikan minyak cukup banyak supaya jemput-jemput dapat terapung dan tidak leper.

5. Pastikan minyak benar-benar panas sebelum memasukkan adunan jemput-jemput menggunakan tangan.

6. Goreng sehingga kekuningan dan garing. Angkat dan toskan minyak.

resipi jemput kelapa

Tip:

Pastikan minyak benar-benar panas untuk mengelakkan jemput-jemput menyerap terlalu banyak minyak.

Sumber: Eniza M. Salim

Baca juga: Nasi Minyak Ayam Kurma Kenduri, Terus Rasa Nak Naik Pelamin!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN