PENULIS
myResipi
KATEGORI
Artikel
POSTED ON
2020-09-23 06:10:02
Bagi mereka yang berada dalam proses diet, ikan rebus selalu menjadi pilihan bagi menggantikan makanan berkalori tinggi. Namun, kadang-kadang pasti akan rasa bosan jika asyik memakan menu yang sama. Betul tak? Apa kata hari ini korang cuba buat ikan rebus versi Thailand pula, rasanya agak berbeza dengan ikan rebus biasa korang pernah cuba di rumah. Lagi-lagi apabila dicicah bersama sos budu, sedapnya! Jom ikuti perkongsian daripada Vi Ibi Haji Ariffin menerus Facebook.
Bahan-bahan:
- 15 ekor ikan
- 2 ketul gula melaka
- 2 batang serai
- ½ sudu garam
- 6 ulas bawang putih
- Segenggam asam keeping
- 15 helai daun limau purut
Cara-caranya:
- Mula-mula, masukkan bahan-bahan yang disediakan tadi ke dalam periuk.
Kredit: Vi Ibi Haji Ariffin
- Kemudian, masukkan pula 15 ekor ikan dan susunkan dengan rapi di dalam periuk. Anda juga boleh meletakkan cili jika mahu. Lalu, masukkan air sama paras dengan ketinggian ikan.
Kredit: Vi Ibi Haji Ariffin
- Rebuskan selama setengah jam dengan api yang kecil. Rasa sedikit kuah tersebut untuk mendapatkan rasa yang diingini. Sekiranya terlebih masin atau manis, tambahkan air panas sedikit.
Kredit: Vi Ibi Haji Ariffin
- Tambahkan 1 cawan air panas jika anda lebih suka ikan rebus ini berkuah.
- Anda juga boleh gorengkan juga, namun perlu berhati-hati kerana ia agak meletup-letup ketika digoreng. Gunakan api perlahan dan tutupkan dengan penutup periuk.
Kredit: Vi Ibi Haji Ariffin
Siap! Sangat sesuai dihidang panas-panas dan dimakan bersama seisi keluarga. Selamat mencuba!