Siapa yang tak suka resipi daging goreng kunyit? Hidangan ini bukan sahaja mudah, tetapi juga cepat untuk disediakan. Bahan-bahannya juga ringkas dan cara masak yang tak memerlukan masa yang lama.
Resipi ini sangat sesuai untuk hidangan tengah hari atau malam, lebih-lebih lagi bila masa terdesak nak siapkan makanan dengan pantas!
Jom baca resipi penuh daging goreng kunyit di bawah ini.
Baca lagi: Resipi Acar Pisang, Lauk Kampung ‘Rare’, Kena Guna Pisang Jenis Ini
Bahan-bahan:
Cara Penyediaan:
1. Masukkan daging terus ke dalam kuali bersama serbuk kunyit. Tiada minyak diperlukan pada peringkat ini.
2. Kacau sehingga daging bersalut sepenuhnya dengan kunyit. Masak sehingga daging menjadi empuk. Jika daging belum cukup empuk, tambahkan sedikit air panas dan masak hingga air benar-benar kering.
3. Setelah air daging kering, masukkan sekitar 3-4 sudu besar minyak masak. Goreng sekejap sehingga daging nampak garing sedikit.
4. Tambahkan garam dan gula secukup rasa untuk menaikkan rasa daging goreng kunyit ini.
5. Setelah daging mula garing, masukkan bawang besar yang dihiris, bawang putih yang diketuk, serta cili merah dan cili hijau yang dipotong. Kacang buncis dimasukkan sebagai bahan terakhir, supaya kekal rangup.
6. Kacau semua bahan hingga sebati dan masak. Bila semuanya sudah sebati dan bawang serta kacang buncis layu sedikit, hidangan anda sudah siap!
Selamat mencuba!
Sumber: HasnieZa Nor
Baca lagi: Cara Buat Kuah Yong Tau Fu Ala Pasar Malam, Boleh Makan Puas-Puas!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…