resipi cucur udang gebu

Resipi cucur udang gebu yang dikongsikan dalam entri hari ini sangat sesuai untuk anda cuba sebagai menu pagi mahupun petang. Kadang kala, ada juga yang teringin cucur pada waktu malam. Senang kata, menu ini sesuai tak kira masa.

Cucur udang ini pula mempunyai tekstur yang tidak kering malah gebu, rangup di luar serta lembut di dalam. Tambahan lagi, resipi ini tidak kedekut bahan! Penuh dengan isi udang serta sayur.

Jom kita baca resipi lengkap yang dikongsikan di bawah.

Baca lagi: Sambal Udang Bersantan, Letak Pula PETAI, Memang Buat Makan Bertambah!

RESIPI CUCUR UDANG GEBU

Bahan-Bahan:

Bahan Kering:

  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung beras (untuk rangup)
  • 1 sudu rata gula
  • 1 sudu teh garam (boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa)
  • 1 sudu rata yis (pastikan letak jauh dari garam)
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 biji telur

Bahan Cecair:

  • 1 cawan air sejuk (air tapis)
  • 1 cawan air suam (untuk tekstur yang lebih gebu)

Bahan Tambahan (Sayuran dan Udang):

  • Udang kecil (buang kepala, tinggalkan kulit jika suka)
  • 2 biji kentang (diparut)
  • 1/2 batang lobak merah (diparut)
  • 1 biji bawang besar (diparut)
  • Daun bawang (dipotong)
  • Cili merah besar (dipotong kasar, boleh tambah untuk kepedasan)

Cara-Cara Penyediaan:

1. Dalam mangkuk besar, masukkan tepung gandum, tepung beras, gula, garam, yis, baking powder, dan telur. Pastikan yis diletakkan jauh sedikit dari garam untuk memastikan ia mengembang dengan baik.

2. Masukkan air sejuk terlebih dahulu dan gaul hingga rata. Kemudian, masukkan air suam, diikuti dengan sedikit lagi air sejuk.

3. Gaulkan sehingga mencapai tekstur cucur yang sempurna – tidak terlalu cair, dan tidak terlalu pekat.

4. Masukkan semua sayuran yang diparut seperti kentang, lobak merah, dan bawang besar. Masukkan juga daun bawang, cili merah, dan udang kecil. Gaul rata sehingga semua bahan sebati dengan adunan tepung.

resipi cucur udang gebu

5. Biarkan adunan berehat selama 30 minit. Yis akan membuat adunan mengembang sedikit dan memberi cucur tekstur yang gebu di dalamnya.

6. Panaskan minyak dalam kuali. Gunakan api besar semasa memasukkan adunan pertama kali untuk memastikan ia kekal rangup di luar.

7. Selepas itu, kecilkan api ke sederhana untuk memastikan ia masak sekata di dalam. Goreng hingga cucur berwarna keemasan, kemudian balikkan cucur dengan sudip dan pisahkan jika perlu.

8. Letakkan cucur udang di atas pinggan dan sedia dihidang bersama sos cili. Untuk lebih nikmat, cicah panas-panas dengan secawan kopi O panas!

Selamat mencuba!

Sumber: Syalfarina Razali

Baca lagi: Resipi Kurma Telur Kuah Pekat, Anak Tak Berhenti Puji Sedap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN