Resipi cucur badak ini memang sesuai kalau buat untuk minum petang. Selalunya anda beli yang ready-to-eat, kan? Tapi, apa salahnya kalau cuba buat sendiri pula.
Nama diberi adalah cucur badak mak mertua kerana merupakan resipi dari mak mertua Cik Puan Nurol Fatin Khalid yang dikongsikan melalui laman sosial Facebook.
Jom baca bersama-sama.
Baca juga: Resepi Mexican Bun, Guna Cawan Kertas Cupcake Dapat Hasil Cantik!
RESIPI CUCUR BADAK MAK MERTUA
Bahan-bahan:
Bahan A (Kulit)
- 3 biji keledek oren (sederhana besar)
- Tepung gandum (secukupnya)
- 1/2 sudu garam (agak-agak)
- 1 sudu gula (agak-agak)
- Air untuk merebus
- Minyak masak (untuk disapu pada tangan supaya tidak melekat semasa membentuk adunan)
Cara Penyediaan Kulit:
1. Kupas keledek oren dan potong kecil supaya cepat empuk.
2. Rebus keledek bersama air yang dicampur sesudu garam. Toskan apabila empuk (boleh cucuk menggunakan garfu untuk mengetahui keledek sudah empuk atau belum).
3. Setelah ditoskan, lenyek keledek hingga sekata dan biarkan sejuk seketika.
4. Masukkan 1/2 sudu garam dan 1 sudu gula, gaul bersama keledek.
5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan lembut dan boleh dibentuk (jangan terlalu keras supaya kulit tidak liat).
Bahan B (Inti)
- 1/2 biji kelapa parut
- 3 batang serai gemuk (dihiris halus)*
- 15 biji cili kering (ikut selera, dibasuh dan direndam)*
- 5 ulas bawang kecil*
- 300g udang kecil (dikupas, buang kepala dan ekor)
- Garam
- Gula
- Asam keping
- Serbuk kunyit
- 2 cawan air
(*Bahan bertanda perlu dikisar)
Cara Penyediaan Inti
1. Kisar bahan yang bertanda (*).
2. Masukkan kelapa parut, bahan kisar, dan udang ke dalam kuali dengan api perlahan.
3. Masukkan secawan air dan sesudu kecil serbuk kunyit. Gaul rata.
4. Jika tidak cukup rata, tambahkan sedikit lagi air dan gaul hingga rata.
5. Masukkan sekeping asam keping.
6. Masukkan sesenduk gula dan 1/2 sudu garam.
7. Gaul hingga kering. Inti perlu manis sedikit.
8. Apabila kering, angkat dan sejukkan.
Cara Menguli
1. Sapu minyak masak pada tapak tangan.
2. Ambil adunan keledek sebesar bola ping pong dan lenyek sehingga menjadi bulat leper.
3. Masukkan inti dan tekup, uli menjadi bulat-bulat.
4. Setelah siap, boleh terus digoreng.
Selamat mencuba!
Sumber: Nurol Fatin Khalid
Baca juga: Kuih Keria Rasa Macam Di Melaka, Wajib Ikut TIP Akak Ini!