Crab stick selain enak dijadikan perencah dalam masakan, sebenarnya sedap dan cukup menyelerakan jika digoreng dengan salutan tepung istimewa yang cukup mudah disediakan.
Bagi anak-anak korang yang sukakan crab stick, boleh cuba buat style goreng tepung ini. Memang gemuk-gemuk isinya. Crunchy dekat luar, lembut di dalam. Umph!
Ini sebagaimana perkongsian resipi oleh Syahidan Hisham viral di page masakan di Facebook baru-baru ini.
Baca juga: Cucur Ketam Crispy, Sedap Makan Panas-Panas Cicah Sos. Guna Bahan Mudah Je!
Resipi ini boleh dijadikan menu sarapan pagi anak-anak. Bertukar selera mesti mereka suka!
Bahan-bahan:
Cara memasak:
1. Sediakan telur kemudian gaulkan bersama dengan tepung rangup (bancuhan perlulah tidak terlalu pekat, tidak terlalu cair)
2. Masukkan sedikit garam dan lada sulah ke dalam bancuhan tepung tadi.
3. Siapa nak letak sayur, masukkan sikit brokoli yang dicincang.
4. Menyadur dan menggoreng, warna kuning rangup yang cantik, selesai.
5. Elok tabur oregano. Tambah wangian.
Sedia untuk dihidang! Amacam, senang je kan? Anak-anak mesti berselera makan sambil cicah sos cili.
Perkongsian resipi ini viral sehingga mendapat 2.8 likes, 799 komen serta 10k shares tau. Min pun terasa nak mencuba juga nanti.
Selamat mencuba juga semua.
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…