chicken floss

Chicken floss ni selalu jumpa bila dekat kedai roti. Sedap sangat kalau dijadikan topping untuk roti anda. Barang yang digunakan juga mudah didapati.

Dekat kedai kek, harga floss ini boleh menjangkau RM4o. Bila buat sendiri sangat puas hati sebab boleh dapat banyak dan kebersihannya pasti terjamin.

Resipi Chicken Floss Versi Jimat Dan Sedap

Bahan-bahan:

  • 2 ketul isi dada ayam
  • 5 tangkai cili kering
  • 5 biji cili padi
  • 10 biji bawang merah kecil
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 3 sudu besar gula
  • 1/2 sudu serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu garam
  • 1/2 sudu serbuk jintan
  • 100 ml santan

Cara penyediaan:

  1. Rebus isi ayam dan sejukkan.
  2. Kemudian, carik-carik isi ayam tersebut.
  3. Kisar semua bahan hingga lumat (kecuali isi ayam).
  4. Masukkan semua sekali kedalam bread maker tetapkan pada menu serunding/bakar.
  5. Dah siap!

chicken floss

Floss ni banyak kegunaannya. Jadi tunggu apa lagi, cepat-cepat buat chicken floss ni dekat rumah anda.

Kredit: Raja Azura

Baca juga:

Kuih Pulut Serunding Kelapa, Lembut, Berlemak Manis Dan Pedas

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN