Petang-petang sedap juga kalau dapat makan cekodok pisang. Ramai yang mencari resipi cekodok pisang yang mudah tapi sedap.
Cekodok pisang merupakan salah satu daripada pelbagai jenis cekodok yang mudah dan ringkas untuk dibuat.
Selain dipanggil cekodok pisang, ada juga yang memanggilnya jemput-jemput pisang atau cucur pisang. Secara umumnya, ia digolongkan dalam kuih jenis kuih jemput-jemput.
Baca juga: Tips Buat Cekodok Pisang Rangup Krup Krap, Lembut Di Dalam
Mak-mak yang sering sibuk seharian bolehlah buat cekodok pisang untuk seisi keluarga. Ia sangat sedap dijadikan sebagai hidangan minum petang atau pagi.
Jika tidak kena dengan cara, ia boleh jadi keras dan kemek saja apabila sejuk. Oleh itu, mak-mak perlulah tahu cara buat cekodok pisang yang sedap.
Kali ini kami akan kongsikan resipi cekodok pisang paling mudah yang dikongsikan oleh Roha Adrinna di Facebook.
RESIPI CEKODOK PISANG
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Lenyekkan pisang. Ramas pakai tangan saja tapi jangan lupa basuh bersih terlebih dahulu.
2. Letak tepung gandum, tepung beras dan sedikit air. Gaulkan pakai senduk.
3. Letak sedikit gula pasir dan garam.
4. Pastikan minyak kena lebih dan panas semasa menggoreng. Guna tangan untuk masukkan bahan adunan dalam kuali.
5. Kemudian kecilkan apinya. Biar dalamnya masak. Siap!
Cekodok pisang seperti ini memang nampak lazat dan menyelerakan. Makan panas-panas sambil minum kopi atau teh lagilah terangkat selera.
Cekodok pisang yang garing dan lembut di dalam memang disukai ramai. Jika bentuknya elok dan cantik itu sudah dikira sebagai bonus.
Senang cerita, resipi ini juga sangat membantu buat mereka yang tidak biasa ke dapur. Ia boleh juga dijadikan sebagai hidangan untuk tetamu.
Buat anda yang masih baru, anda boleh gunakan resipi cekodok pisang ini untuk membuatnya. Selamat mencuba!
Sumber: Roha Adrinna
Baca juga: Resipi Cekodok Pisang Bulat-Bulat, Ini Rahsia Kalau Nak Cantik Kejadiannya
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…
Resepi masak lemak ketam ini menggabungkan rasa manis isi ketam dengan kuah santan yang pekat…
Ikan selayang rebus goreng antara lauk kampung yang cukup ringkas tetapi tetap menyelerakan. Ikan direbus…
Ayam masak bawang antara menu lauk yang boleh menaikkan selera makan, lebih-lebih lagi apabila dihidangkan…
Sambal balado antara jenis sambal yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimakan bersama nasi putih…