Resipi brownies kedut ini sangat mudah namun sedikit ‘tricky‘ untuk anda mendapatkan hasil kedutan di atas brownies yang cantik.
Oleh itu, entri hari ini akan membantu anda terutama yang baru pertama kali ingin mencuba buat brownies kedut ini,
Jom ikut resipi brownies oleh Cik Puan Kak Sue SarangHae II yang kaya dengan rasa coklat namun tidak akan muak dan tak terlalu manis.
Baca juga: Kole Kacang Anti Gagal, Tak Reti Buat Pun Hasil Tetap Cantik Menjadi!
Bahan-Bahan:
Cara Penyediaan:
1. Cairkan 80 gram butter dan 230 gram dark compound chocolate menggunakan kaedah double boiler sehingga kedua-duanya larut sepenuhnya. Ketepikan.
2. Dalam mangkuk berasingan, pukul 2 biji telur bersama 1 sudu kecil esen vanila dan 120 gram gula perang atau gula kastor. Pukul menggunakan whisk sehingga sebati.
3. Masukkan campuran butter dan chocolate yang telah cair ke dalam adunan telur dan gula. Kacau menggunakan whisk sehingga semua bahan sebati.
4. Ayak 100 gram tepung gandum, 1 sudu kecil baking powder, dan 30 gram serbuk koko bersama. Masukkan bahan-bahan kering yang telah diayak ke dalam adunan chocolate tadi. Aduk dengan spatula atau whisk sehingga sebati.
5. Tuangkan adunan ke dalam loyang berukuran 8 inci yang telah disediakan.
6. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 135°C selama 40-45 minit. Periksa kesediaan brownies dengan mencucuk bahagian tengahnya menggunakan lidi atau pisau. Jika bersih, brownies telah masak.
7. Keluarkan dari ketuhar dan biarkan sejuk sebentar sebelum dipotong dan dihidangkan.
Selamat mencuba!
Sumber: Kak Sue SarangHae II
Baca juga: Resipi Kuih Sagu Merah, Rasa Manis & Tekstur Kenyal Sedap Dikunyah!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…