Biskut pun boleh buat lauk? Pelik tapi benar. Hidangan tersebut merupakan resipi nenek moyang dan sudah pun menjadi santapan seisi keluarga wanita ini.
Dalam proses mahu memantapkan lagi kemahiran memasak, pasti kita hendak mencuba sesuatu yang baru terutama sekali mempelajari resepi turun temurun daripada datuk dan nenek.
Baca juga: Jom Buat Bebola Cheese, Tak Perlu Bakar Pun. Cuma Kisar Biskut Marie, Gaul & Sejukkan
Ini kerana, meskipun kehidupan mereka di zaman dahulu agak susah namun mereka agak kreatif dalam mempelbagaikan sesuatu makanan yang sedap selain bertujuan untuk mengisi perut yang kosong.
Dikenali sebagai Aqilah Idris menerusi perkongsian di TikTok, dia berkongsi satu resipi unik sehingga mendapat perhatian ramai.
Menerusi video tersebut, Aqilah menunjukkan cara-cara untuk memasak biskut lemak tumis yang sudah tentunya bahan utama bagi masakan tersebut menggunakan biskut kering.
Ia kedengaran pelik, namun nampak menyelerakan serta bahan yang digunakan juga mudah untuk didapati seperti, biskut kering, bawang, telur, sedikit kicap, lada putih, sedikit garam dan daun sup.
@aqilahidris1311 Biskut lemak tumis. Bhn: sebiji bwg besar, 3biji telur, 15 keping biskut, sedikit kicap, daun sup dan garam. #creamcracker #hupsengcreamcrackers #biskut #biskutlemak #myfoodie #food #fypシ #tiktok #tiktoker #foodpost #foodporn
Meninjau di ruangan komen, ramai yang mengatakan resepi itu agak pelik dan tidak pernah didengari namun walaupun pelik ada juga yang mahu mencubanya.
Ada juga yang memaklumkan bahawa resepi itu sering dilakukan oleh orang tua mereka.
Korang berani tak nak cuba resipi ini?
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…