Bihun goreng pink antara menu yang cukup menarik perhatian kerana warnanya yang merah jambu, berbeza dengan bihun goreng biasa. Rahsia warna ini datang daripada penggunaan sos labu yang turut memberikan rasa tersendiri pada hidangan.
Bagi yang pernah menikmatinya, mihun ini biasanya mempunyai rasa yang sedikit manis dan masam. Penggunaan cuka dan gula membuatkan rasanya tidak sama seperti mihun goreng biasa, manakala kangkung pula menjadi antara sayuran yang sesuai dimasukkan ke dalam hidangan ini.
Resipi yang dikongsikan ini juga cukup mudah kerana bahan lauk boleh disesuaikan mengikut apa yang ada di dapur. Sotong, ayam, udang atau bahan lain boleh digunakan, sebelum semuanya digaul bersama mihun, sos labu dan kangkung hingga sebati.
Baca juga: Resipi Nasi Goreng Nenas, Bahan Simple Tapi Gabungan Rasanya Memang Menjadi
RESIPI BIHUN GORENG PINK

Bahan-bahan:
- Mihun secukupnya
- Bawang putih (dicincang)
- Lauk pilihan seperti sotong, ayam atau udang
- Sos labu secukupnya
- Kangkung secukupnya
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Cuka secukupnya
- Sedikit sos ikan
- Minyak untuk menumis
Cara-cara penyediaan:
- Rendam mihun sehingga lembut. Toskan dan ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga naik bau.
- Boleh gunakan bawang putih yang agak banyak untuk rasa yang lebih harum.
- Masukkan lauk pilihan seperti sotong, ayam atau udang. Goreng hingga masak.
- Tuangkan sos labu secukupnya dan gaul rata dengan bahan tumisan.
- Masukkan kangkung. Gaul seketika hingga sayur mula layu.
- Masukkan mihun yang telah ditoskan. Gaul perlahan supaya semua bahan dan sos sebati.
- Perasakan dengan garam dan gula. Mihun ini lebih sedap jika rasanya sedikit manis.
- Tambahkan cuka mengikut cita rasa untuk memberikan rasa masam.
- Akhir sekali, masukkan sedikit sos ikan. Gaul rata dan perasakan semula jika perlu.
- Apabila mihun sudah sebati dengan semua bahan dan sayur masak, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Tip: Jumlah sos labu, gula dan cuka boleh disesuaikan mengikut cita rasa. Untuk versi ini, rasa mihun memang lebih kepada gabungan manis dan masam. Penggunaan sos labu sebagai bahan utama untuk menghasilkan warna pink juga memang terdapat dalam beberapa variasi mihun goreng Kelantan.
Sumber: Arejaa Misses Arif’
Baca juga: Resepi Mi Sanggul Goreng Letak Kacang Tanah, Rupanya Kombinasi Ini Memang Ngam!’
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

