Categories: Resipi

Resipi bancuhan Inai Kurang Dari RM5, Hanya Guna 3 Bahan Ini Je



Tidak kira bakal pengantin atau bukan, memang ramai wanita yang suka memakai inai.

Dalam keadaan daun inai yang mungkin sukar untuk mendapatkannya, ini ada langkah-langkah membuat inai sendiri seperti yang dikongsikan oleh Rosdiana Dian ini.

Caranya lebih mudah dan cepat kerana ia hanya menggunakan modal kurang daripada RM5 dengan tiga bahan sahaja.

Baca juga: Pakar Kongsi Petua Kurangkan Batuk Yang Berlarutan, Boleh Cuba Kala ‘Musim Demam’ Ni

Malah hasilnya juga akan menjadikan inai anda lebih merah, cantik dan tahan lama.

Resipi Bancuhan Inai Homemade


Bahan-bahan:

1. Kapur sireh/kapur makan tu. Ini paling utama. Takde ni maka pewarna tak boleh serap dalam kuku (sukatan hujung sudu kecil). Sikit secoet ja. Jangan banyak-banyak takut panas, kang sakit pulak kuku tu Mak tak jamin.


2. Sabun mandi yang jenis ketul/buku (sukatan 2cm persegi). Atau, sabun Axion pun boleh. Ada orang pakai sabun Axion atau brand lain janji bentuk pes tu. Jangan yang cecair tu tau (kalau Axion dalam sukatan 1 sudu besar).


3. Pewarna makanan kaler ceri merah. Ada yang pakai sirap, ikutlah nak warna apa pun oren, purple, hijau, coklat ke, hitam ke. Siapa berani nak kuku kaler-kaler leh try. Jangan yang kordial tau. Itu tak boleh, lain jadinya karang. Agak-agak sukatan setengah atau sebotol ikut kepekatan).


Cara Membancuh:

1. Campur semua 3 bahan asas ke dalam mangkuk dan adun hingga sebati. Boleh adjust ikut kelikatan dan kecairan hasil. Toksah campur air tau.

2. Kemudian sapu rata di kuku pakai putik kapas yang saiz kecil. Biarkan 20-30 minit, ala-ala kering. Kemudian cuci bersih-bersih.


Yang ni tahan lama hingga ikut habis kuku dipotong.

Lagi satu, yang paling penting buleh bawa SOLAT. Sebab warna menyerap ke dalam kuku.

Bukan hanya sekadar menutup permukaan kuku macam kuitik tu (betoi ke mak eja?). Tak caya lepas pakai try ler kikis. Buleh ke idok.. Hehehe…

Selamat mencuba.

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago