Tak tahu nak masak apa untuk makan tengahari? Apa kata jom cuba masak ayam sweet sour yang mudah dan menyelerakan ini.
Anak-anak pasti akan suka sangat kalau masakan seperti ini. Yang penting, ibu-ibu akan seronok kalau tengok anak makan berselera kan? Selamat mencuba!
1. Untuk bancuhan ayam. Bancuh dengan tepung jagung, sebiji telur yang dipukul dan secubit soda bikarbonat.
2. Goreng sehingga masak dan keperangan.
3. Bahan-bahan untuk tumisan. Kuantiti terpulang atas anda. Bahannya ialah capsicum, cili merah (ganti capsicum merah pasal mahal nak mampus, carrot, bawang merah, bawang putih, dan halia (optional).
4. Tumis sekejap.
5. Kemudian masukkan sesudu kicap cair.
6. Gaul sebati, angkat dan ketepikan.
7. Untuk kuah. Masukkan sos cili dan sos tomato.
8. Masukkan sedikit air, satu sudu kecil sos ikan, bancuhan tepung jagung, sedikit lada sulah dan sedikit garam. Rasa sedikit supaya secukup rasa dan tambah apa yang terkurang.
9. Kemudian masukkan isi ayam yang digoreng tadi.
10. Dan sayur-sayuran. kuatkan api dan gaul sekejap bagi rata kesemuanya.
11. Siap!
Kredit: Wan Luqman
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…
Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…
Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…