Categories: Resipi

Rupanya Ayam Pun Sedap Dibuat Kengsom, Kuah Masam Pedas Memang Ngam Dengan Nasi Panas!

Ayam masak kengsom mungkin tidak seperti versi ikan, tetapi lauk ini memang menarik untuk dicuba. Kuahnya mempunyai gabungan rasa masam, manis dan pedas yang menyelerakan, ditambah pula dengan ayam serta kangkung dalam satu hidangan.

Kalau biasanya pening nak fikir lauk ayam dan sayur secara berasingan, resipi ini boleh jadi pilihan. Sekali masak, sudah ada sumber protein dan sayur untuk dimakan bersama nasi.

Lebih-lebih lagi kalau dihidangkan ketika masih panas, memang bertambah selera. Bagi yang suka masakan Thai dengan rasa yang seimbang dan sedikit menyengat, ayam masak kengsom ini boleh masuk dalam senarai menu di rumah.

Baca juga: Tak Perlu Banyak Perasa, Ayam Masak Kicap Ini Jadi Padu Bila Serbuk Kari Ditumis Pecah Minyak

RESIPI AYAM MASAK KENGSOM

Bahan-bahan:

  • Ayam (dipotong kecil)
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili padi hijau
  • Cili merah besar
  • Kunyit hidup
  • Lengkuas
  • Serai
  • Air
  • Asam keping
  • Kangkung
  • Gula
  • Garam
  • Serbuk perasa (jika suka)

Cara-cara penyediaan:

  1. Kisar bawang merah, bawang putih, cili padi hijau, cili merah besar dan kunyit hidup hingga halus.
  2. Ketuk lengkuas dan serai. Panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bahan kisar bersama lengkuas dan serai sehingga harum.
  3. Masukkan ayam yang sudah dipotong kecil. Kacau rata dan biarkan seketika sehingga ayam separa masak.
  4. Tuangkan air secukupnya, kemudian masukkan asam keping. Renehkan sehingga ayam hampir masak sepenuhnya.
  5. Perasakan dengan gula, garam dan sedikit serbuk perasa jika digunakan. Kacau dan biarkan kuah mendidih seketika.
  6. Apabila ayam sudah masak, masukkan kangkung dan biarkan sehingga sayur lembut.
  7. Tutup api dan sesuaikan rasa supaya kuah mempunyai gabungan masam, manis dan pedas yang seimbang.
  8. Hidangkan ayam masak kengsom bersama nasi putih panas.

Sumber: Khairuzetti Zaini Collections

Baca juga: Resipi Kepak Ayam Bakar Air Fryer Guna 2 Bahan, Rasa Sama Macam Pizza Hut!

Wan N

Recent Posts

Ini Cara Masak Sup Ayam Claypot Ala Kedai Yang Panasnya Tahan Lama, Nikmat!

Cara masak sup ayam menggunakan periuk claypot sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan berkuah…

3 hours ago

Cara Hilangkan Bau Bawang Pada Tangan Selepas Memasak, Ini 5 Petua Mudah Yang Boleh Dicuba

Bau bawang yang melekat pada tangan selepas memasak memang boleh mengganggu, lebih-lebih lagi apabila baunya…

4 hours ago

Resipi Kari Ikan Bawal Emas Berkuah Pekat Dan Berlemak, Memang Surrr!

Kari ikan bawal emas sesuai dijadikan menu makan tengah hari bersama keluarga. Kuahnya yang pekat…

5 hours ago

Resipi Kek Marble Mudah, Tak Sangka Guna 4 Bahan Saja Dah Boleh Jadi Secantik Ini!

Nak buat kek marble sendiri di rumah? Resipi kek marble mudah ini boleh dicuba kerana…

5 hours ago

Resipi Sup Tofu Pecah Telur, Hirup Kuah Panas-Panas Memang Tak Puas Semangkuk!

Resepi egg drop soup antara hidangan berkuah yang boleh dicuba untuk menu makan tengah hari…

5 hours ago

Resipi Panna Cotta ‘Inspired By’ Daripada Wedding BASS, Rasa Lemak Berkrim!

Terinspirasi daripada majlis perkahwinan Bella Astillah dan Syed Saddiq yang dikenali sebagai wedding BASS, Nor…

6 hours ago