Categories: Resipi

Resipi Ayam Lemon Tak Jemu Mengunyah, Memang Nombor Satu!

Kalau pergi kedai masakan Cina Muslim, pasti menu ini tidak asing lagi. Resipi ayam lemon ini jika buat sendiri di rumah sangatlah mudah.

Gabungan rasa ayam goreng rangup serta sos lemon yang masam, manis dan sedikit pedas memang mantap.

Jom kita baca resipi penuh di bawah ini.

Baca lagi: Resipi Sandwich Telur Tanpa Rebus, Ikut Cara Ini Memang Senang!

RESIPI AYAM LEMON

Bahan-bahan untuk Ayam Goreng Rangup:

  • Ayam (potong kecil atau mengikut saiz pilihan)
  • Tepung ayam goreng (gunakan jenama pilihan)

Cara Membuat Ayam Goreng Rangup:

1.  Bersihkan ayam dengan baik dan toskan airnya sehingga ayam benar-benar kering.

2.  Ambil tepung ayam goreng pilihan anda dan salutkan ayam dengan rata. Pastikan ayam disalut dengan baik untuk mendapatkan tekstur yang rangup.

3.  Goreng ayam sehingga garing dan masak. Jika menggunakan potongan ayam yang besar, gunakan api sederhana untuk memastikan ayam masak dengan sekata di bahagian dalam.

4.  Angkat ayam yang sudah masak dan toskan minyaknya. Ketepikan sementara menunggu sos disediakan.

Bahan-bahan untuk Sos Lemon:

  • Bawang putih (dicincang halus)
  • Sos lemon Yakin (boleh didapati di pasaraya)
  • Cili flakes (untuk rasa pedas)
  • Garam (secukup rasa)
  • Gula (secukup rasa)
  • Bijan (disangai sehingga kekuningan)
  • Butter/mentega (untuk menumis)

Cara Penyediaan Sos Lemon:

1. Kupas dan cincang halus bawang putih.

2. Sangai bijan di dalam kuali tanpa minyak sehingga kekuningan dan ketepikan.

3.  Panaskan kuali dengan mentega. Tumis bawang putih menggunakan api perlahan untuk mengelakkan bawang cepat hangus.

4.  Setelah bawang putih sedikit kekuningan, masukkan cili flakes dan kacau rata sehingga aroma cili naik.

5. Tambahkan gula dan garam mengikut cita rasa anda. Sos lemon sepatutnya mempunyai rasa masam yang seimbang dengan rasa manis dan sedikit pedas.

6. Tuangkan sos lemon ke dalam kuali. Jika anda menyediakan kuantiti ayam yang banyak, tuangkan sos lemon dengan secukupnya agar sos meresap sempurna ke dalam ayam.

7. Masukkan ayam yang telah digoreng ke dalam sos lemon tadi. Gaul rata sehingga semua ayam disaluti sos dengan sempurna.

8. Akhir sekali, taburkan bijan yang telah disangai tadi ke atas ayam lemon yang sudah siap.

Sumber: Siti Nornaim Keng 

Baca lagi: Apam Susu Pandan Dengan 3 Langkah, Hasil Gebu Montok Macam Kek!

Aisha Qistina

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago