ayam goreng kari berempah

Kalau dah bosan dengan ayam goreng kunyit, apa kata kali ini cuba pula ayam goreng kari berempah yang lebih wangi, lebih berperisa dan memang membuka selera. Lauk ini cukup ringkas tetapi rasa rempahnya memang menyengat dan sedap dimakan panas-panas bersama nasi putih.

Resipi ayam goreng kari berempah ini sesuai dijadikan menu berbuka puasa, sahur yang cepat, malah lauk makan tengah hari pun memang ngam. Dengan gabungan serbuk kari daging dan kari ikan, rasa dia jadi lebih ‘kick’ dan tak muak.

Baca juga: Resipi Telur Bungkus Isi Ayam, Menu Ringkas & Mengiurkan Bila Buntu Nak Masak Apa

RESIPI AYAM GORENG KARI BEREMPAH

ayam goreng kari berempah

Bahan-bahan:

  • 1/2 kg isi ayam (dihiris kecil dan dicuci bersih)
  • 2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 sudu kecil serbuk kari daging
  • 2 sudu kecil serbuk kari ikan
  • Garam secukupnya
  • Serbuk perasa secukupnya
  • Sedikit air

Bahan sayur:

  • Segenggam kacang panjang, dipotong
  • Beberapa kuntum brokoli
  • Beberapa tangkai cili padi
  • 1 biji bawang holland (dihiris)

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan isi ayam ke dalam bekas besar.
  2. Tambahkan serbuk kunyit, serbuk kari daging, serbuk kari ikan, garam dan serbuk perasa.
  3. Masukkan sedikit air dan gaul hingga semua bahan sebati dan ayam bersalut rata dengan rempah.
  4. Panaskan minyak secukupnya dalam kuali.
  5. Goreng ayam sehingga masak dan keperangan. Pastikan api sederhana supaya ayam masak sekata dan tidak hangus.
  6. Masukkan kacang panjang, brokoli, cili padi dan bawang Holland ke dalam kuali.
  7. Goreng seketika sahaja sehingga sayur sedikit layu tetapi masih rangup.
  8. Angkat dan toskan minyak. Siap untuk dihidangkan.

Sumber: Aisyah Humaira

Baca juga: Resipi Ayam Sos Tiram Bersalut Kuah Pekat, Menu Ringkas Tapi Jadi Rebutan!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN