resipi ayam goreng

Kami akan kongsikan resipi ayam goreng bawang putih yang menggunakan teknik brine iaitu merendam ayam dalam larutan garam. Teknik ini akan menghasilkan ayam yang dimasak nanti lebih lembut, juicy dan penuh rasa.

Memang sangat berkesan, terutama jika anda ingin ayam yang lembut dan sedap. Jangan risau kerana cara membuatnya sangatlah mudah dan cepat.

Jom cuba resipi yang dikongsikan ini.

Baca lagi: Sotong Masak Lemak Padang, Sekali Hirup Kuahnya Memang Kena Dengan Selera!

RESIPI AYAM GORENG BAWANG PUTIH

Bahan-bahan teknik brine:

  • Ayam (peha, thigh, dan wing) – 10 ketul
  • Air
  • 5 ulas bawang putih (diketeuk)
  • 1 sudu besar lada sulah
  • Garam secukup rasa

Cara-cara brine ayam:

1. Bersihkan ayam dan sediakan air dalam periuk.

2. Masukkan 5 ulas bawang putih yang diketuk dan 1 sudu besar lada sulah ke dalam air. Panaskan selama 5 minit sehingga air menjadi panas. Kemudian biarkan ia sejuk sedikit.

3. Setelah itu, masukkan ayam ke dalam larutan air garam tersebut dan biarkan perap selama beberapa jam di dalam peti sejuk (chiller). Jika ingin lebih cepat, 1/2 jam juga sudah cukup untuk perapan.

Bahan-bahan untuk ayam goreng bawang putih:

  • Ayam (yang telah direndam brine tadi) – 10 ketul
  • 2 peket Bumbu Marinasi Ayam Tempe dan Daging
  • 1 sudu besar lada sulah
  • 1 sudu besar serbuk bawang putih
  • 4 sudu besar tepung beras atau tepung maizena
  • Sedikit air
  • Bawang putih – beberapa ulas (biarkan kulitnya)

Cara-cara:

1. Gaulkan ayam yang telah direndam dengan bumbu marinasi, lada sulah, serbuk bawang putih, tepung beras, dan sedikit air. Pastikan ayam bersalut rata dengan bahan-bahan tersebut.

2. Goreng ayam dalam minyak panas hingga garing dan masak sepenuhnya.

3. Apabila ayam hampir masak, masukkan beberapa ulas bawang putih (dengan kulit) ke dalam kuali untuk menambah aroma dan rasa.

4. Angkat ayam yang telah digoreng dan sedia untuk dihidangkan.

Petua: Anda boleh buat lebih banyak ayam goreng ini dan simpan dalam peti sejuk. Apabila mahu makan, hanya perlu gorengkan semula. Cepat dan mudah!

Sumber: Makcik Ratu

Baca lagi: Kek Sarang Semut Bakar Atas Dapur Gas, Tak Perap Pun Tetap Lembut Berongga!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN