air asam paling sedap

Nak buat air asam paling sedap ni sebenarnya sangat mudah dan sedap pula tu. Biasanya selalu dicicah dengan ikan kukus atau ikan bakar.

Nampak macam simple kan? Tapi rasa dia sangat menyengat! Cara buat dia pun sangat mudah. Ikut saja resipi hasil perkongsian oleh Puan Afy Al Habibi di bawah.

Cara Buat Air Asam Paling Sedap

Inilah resepi air asam yang popular di fb saya. Rahsia kesedapannya bila bawang dibakar dan digabung bersama bahan-bahan lain. Betul-betul membuka selera.

Selalu saya buat stok banyak-banyak. Simpan dalam peti. Tapi tak tahan lama. Sekejap je habis. Sebab semua hantu air asam. 

Bahan kisar:

  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit belacan (bakar terlebih dahulu semua bahan di atas sehingga keperangan)
  • 3 tangkai cili padi merah
  • 3 tangkai cili padi hijau*kuantiti cikgu tunjuk gambar tu untuk extra pedas ye
  • 2 biji asam limau kasturi (buang biji- kisar bersama kulitnya)
  • 1/2 gelas air asam jawa (2 cubit kecil asam jawa + 1/2 gelas)

Cara-cara:

1. Masukkan semua bahan dalam pengisar.

2. Tambahkan 3 sudu besar gula dan 3/4 sudu besar garam bukit (sukatan bukan menggunung ye).

3. Kisar semua bahan hingga sedikit lumat.

4. Bahan yang dikisar tadi dimasukkan dalam mangkuk.

5. Tambahkan bahan hiris lain:

  • 2 tangkai cili padi merah
  • 1 tangkai cili padi hijau
  • 1 biji tomato
  • 1/2 biji bawang besar Holland
  • 1/2 biji bawang besar merah Bombay
  • 2 biji asam limau kasturi

6. Masukkan semua bahan hiris dalam mangkuk. Kacau rata.

7. Sedia untuk dihidangkan.

8. Bakar ikan cencaru. Belah belakang kedua-dua bahagian. Masukkan bahan tumbuk :- 2 ulas bawang putih

  • 1 biji bawang merah
  • 1/2 inci belacan
  • 2 sudu besar cili kering kisar
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 3 hiris serai
  • Sedikit garam dan gula

9. Perap seketika sebelum dibakar.

air asam paling sedap

Kredit: Afy Al Habibi

Baca juga: Meleleh Tengok ‘Air Asam Cabai Picit’ Ni, Simple Tapi Pasti Makan Nasi Bertambah!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN