Resipi agar-agar santan gula melaka merupakan pencuci mulut yang terbaik untuk dicuba pada waktu petang, terutama sekali selepas disejukkan di dalam peti ais.
Kombinasi rasa manis gula melaka dan lemak santan yang menyelerakan dan sesuai dinikmati sejuk untuk melegakan tekak selepas hari yang panas.
Di dalam resipi ini, anda boleh ubah suai dengan tidak meletakkan telur sekiranya tidak menyukai bau atau rasanya. Versi tanpa telur, tetap juga sedap terutama dengan semerbak bau wangi daun pandan.
Jom baca resipi lengkap ini.
Baca lagi: 6 Jenis Sotong Popular Di Malaysia, Yang ‘Satu’ Ini Paling Banyak Diguna Dalam Masakan
Bahan-bahan:
Cara Penyediaan:
1. Masak air bersama agar-agar tali sehingga ia larut sepenuhnya. Masukkan gula putih, gula melaka, dan daun pandan.
2. Kacau sehingga gula melaka hancur dan semuanya sebati.
3. Di dalam bekas lain, campurkan santan pekat, telur (jika suka), dan secubit garam.
4. Kacau rata dan pastikan tiada ketulan. Kemudian tapis campuran ini ke dalam periuk yang mengandungi agar-agar tadi.
5. Teruskan kacau campuran tersebut dengan api sederhana sehingga agar-agar mendidih. Biarkan ia mendidih untuk beberapa minit supaya semua bahan menyatu dengan baik. Tutup api dan tuang campuran ke dalam acuan pilihan.
6. Biarkan agar-agar sejuk pada suhu bilik sebelum memasukkannya ke dalam peti ais untuk disejukkan.
Selamat mencuba!
Sumber: Mastura Razali
Baca lagi: Resipi Sup Mi Udon, Sangat Mengasyikkan Hirup Sewaktu Panas!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…