Categories: Resipi

Resipi Agar-Agar Milo Ini Memang Sangat Sedap, Anak Suka & Asyik Ulang Makan

Agar-agar milo hasil perkongsian dari Ina Anizaina nampak ringkas tapi sebenarnya sangat sedap!

Menurut empunya resipi, pencuci mulut ini adalah kegemaran anak-anaknya.

Cara penyediaannya juga sangat ringkas untuk dicuba. Jom lihat resipi lengkap di bawah.

Resipi Mudah Agar-Agar Milo

Bahan-bahan:

  • 1 paket agar2 Tali (25g)
  • 4 cawan besar air (rujuk cawan dalam gambar)
  • 1 tin susu pekat
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan milo + 1 cawan air panas (larutkan bahan ni)
  • Secubit garam halus

Cara-cara penyediaannya:

1. Satukan agar-agar dan air dalam periuk. Masak hingga agar-agar larut.

2. Kemudian masukkan susu pekat manis, susu cair, bancuhan milo dan garam. Sebatikan.

3. Bila semua bahan sudah larut, bercampur sempurna dan mendidih, padamkan api.

4. Tuang bancuhan agar-agar ke dalam loyang yang bersesuaian. Biarkan sejuk sedikit sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk. Biarkan mengental.

5. Bila agar-agar sudah mengeras sepenuhnya, bolehlah dipotong dan dinikmati.

Info:

  • Agar-agar ada banyak jenis. Kadang kala sukatan air tidak tepat sangat untuk dapatkan agar-agar yang sempurna.
  • Tidak menjadi masalah kalau agar-agar terlembik atau terkeras. Kerana nanti boleh diubah suai semuala ikut sukatan yang tepat.
  • Untuk sukatan asas, 25gm agar-agar bertali dimasak menggunakan 1400ml air. Kemudian bolehlah tambah apa-apa perasa yang disukai.

Kredit resipi: Ina Anizaina

Baca juga: Petua Kira Sukatan Air Untuk Masak Agar-Agar, Mudah & Tak Pening Kepala

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago