Categories: Resipi

Resepi Udang Masak Diraja, Tak Nak Rasa Udangnya Hilang Jangan ‘Skip’ Langkah Ini

Nak sediakan hidangan istimewa seperti di istana buat seisi keluarga, cukup hanya dengan membuat resepi Udang Masak Diraja yang sedap ini.

Walaupun Udang Masak Diraja ini kelihatan seperti masak gulai, namun teksturnya yang pekat dan cukup berlemak, serta kaya dengan rasa udang boleh buat selera sesiapa pun terangkat.

Aryati Sarah telah sudi kongsikan resepi Udang Masak Diraja di Facebook, siap ada tips untuk mengetahui rasa udangnya segar ketika membelinya. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Udang Masak Lemak Cili Api, Cara Simple Tapi Sempurna Di Tekak

RESEPI UDANG MASAK DIRAJA

Bahan-bahan:

  • ½kg udang
  • 2 batang serai diketuk
  • 1 keping asam
  • ½ sudu serbuk kunyit
  • 1 sudu gula
  • ½ sudu garam
  • 1 cawan santan pekat

Bahan-bahan kisar:

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, basuh udang bersih-bersih. Jangan lupa buang tahi udang.

2. Selepas itu, tumiskan bahan-bahan kisar sampai naik bau.

3. Kemudian, masukkan serai ketuk.

4. Seterusnya, masukkan udang. Kacau dan sebatikan.

5. Setelah itu, masukkan santan pekat bersama serbuk kunyit dan asam keping.

6. Akhir sekali, perasakan dengan garam, gula dan ajinomoto jika suka. Masak jangan lama sangat nanti hilang rasa segar udang tersebut. Siap untuk dihidang!

Anda boleh gunakan pelbagai jenis udang dalam resepi Udang Masak Diraja ini seperti udang galah, udang kertas dan sebagainya, cuma pastikan guna udang yang segar saja.

Semasa beli udang, jangan lupa untuk tengok rupa udang dan tekan sedikit badannya. Jika nampak berkilat, keras dan kenyal, bermaksud udang itu memang segar.

Peminat makanan laut pasti seronok menikmati Udang Masak Diraja sebagai hidangan lauk di rumah. Jika makan dengan nasi yang dibuat daripada beras wangi atau pulut kuning, maka bertambahlah kesedapannya.

Selamat mencuba!

Sumber: Aryati Sarah

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Cara Pembantu Rumah Ajar Masak Tomyam Udang, Resipi Padu Dari Thailand

Aimi

Recent Posts

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

3 hours ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

3 hours ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

4 hours ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

4 hours ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

5 hours ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

5 hours ago