Nak sediakan hidangan istimewa seperti di istana buat seisi keluarga, cukup hanya dengan membuat resepi Udang Masak Diraja yang sedap ini.
Walaupun Udang Masak Diraja ini kelihatan seperti masak gulai, namun teksturnya yang pekat dan cukup berlemak, serta kaya dengan rasa udang boleh buat selera sesiapa pun terangkat.
Aryati Sarah telah sudi kongsikan resepi Udang Masak Diraja di Facebook, siap ada tips untuk mengetahui rasa udangnya segar ketika membelinya. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Udang Masak Lemak Cili Api, Cara Simple Tapi Sempurna Di Tekak
Bahan-bahan:
Bahan-bahan kisar:
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, basuh udang bersih-bersih. Jangan lupa buang tahi udang.
2. Selepas itu, tumiskan bahan-bahan kisar sampai naik bau.
3. Kemudian, masukkan serai ketuk.
4. Seterusnya, masukkan udang. Kacau dan sebatikan.
5. Setelah itu, masukkan santan pekat bersama serbuk kunyit dan asam keping.
6. Akhir sekali, perasakan dengan garam, gula dan ajinomoto jika suka. Masak jangan lama sangat nanti hilang rasa segar udang tersebut. Siap untuk dihidang!
Anda boleh gunakan pelbagai jenis udang dalam resepi Udang Masak Diraja ini seperti udang galah, udang kertas dan sebagainya, cuma pastikan guna udang yang segar saja.
Semasa beli udang, jangan lupa untuk tengok rupa udang dan tekan sedikit badannya. Jika nampak berkilat, keras dan kenyal, bermaksud udang itu memang segar.
Peminat makanan laut pasti seronok menikmati Udang Masak Diraja sebagai hidangan lauk di rumah. Jika makan dengan nasi yang dibuat daripada beras wangi atau pulut kuning, maka bertambahlah kesedapannya.
Selamat mencuba!
Sumber: Aryati Sarah
Baca juga: Wanita Ini Kongsi Cara Pembantu Rumah Ajar Masak Tomyam Udang, Resipi Padu Dari Thailand
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…