resepi udang

Resepi udang belon ini sedang viral di laman sosial dan orang ramai tidak ketinggalan mencubanya! Dengan cara penyediaan yang ringkas, resipi ini memang jadi tumpuan semua pencinta makanan.

Apa yang paling menarik, udang ini akan mengembang dengan cantik apabila dimasak. Teksturnya pula rangup di luar dan lembut di dalam, makan satu dijamin tak cukup!

Kalau nak lagi sedap, cicah udang belon ini juga dengan sos cili atau sos kegemaran anda. Selamat mencuba!

Baca juga: Cara Simpan Udang Siap Kupas, Bila Nak Masak Tetap Segar & Kenyal

RESEPI UDANG BELON CONFIRM MENJADI

Bahan-bahan: 

Cara memasak:

  1. Satukan tepung kentang, tepung jagung, tepung gandum dan serbuk penaik di dalam satu mangkuk.
  2. Kemudian masukkan air, minyak masak dan putih telur.
  3. Kacau semua bahan sehingga sebati dan bercampur rata. Ketepikan.
  4. Cuci bersih udang dan buang kulit. Tapi jangan cabut bahagian ekor.
  5. Taburkan secubit garam dan lada hitam ke atas udang. Gaulkan.
  6. Celup udang ke dalam adunan tepung tadi.
  7. Kemudian goreng di dalam minyak yang panas.
  8. Sambil itu siram-siram minyak ke atas udang menggunakan senduk dan udang akan kelihatan menjadi kembang.
  9. Goreng seketika sehingga garing dan keperangan.
  10. Angkat dan toskan. Sedia untuk dinikmati, selamat mencuba!

Video penuh:

@akiejack

Udang balon well… Setelah video bang Mursid 5kali lalu fyp. Jadi abang pun cubalah 😁#udangbelon #udangbalon #bolehtakkantakboleh #akiemasak #udang #prawn #foodtiktok

♬ original sound – AkieJack – AkieJack

Kredit resipi: akiejack

Baca juga: Cara Masak Sambal Udang Yang Ringkas, Ini Petua Isi Juicy & Elak Jadi Kecut!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN