resepi tosei

Kalau bosan asyik sarapan roti canai atau nasi lemak, apa kata cuba resepi tosei homemade pula kali ni. Bahan-bahan pun tak banyak dan cara buatnya jauh lebih senang dari yang disangka.

Tosei antara makanan India yang makin ramai orang suka sebab rasanya ringan tapi mengenyangkan. Kalau makan dengan kuah dhal atau chutney kelapa, memang sangat sedap!

Adunan tose juga boleh simpan lama dalam peti sejuk. Bila-bila teringin, tinggal keluarkan dan terus bakar. Jimat masa, tak perlu keluar rumah pun dah boleh makan tosei sedap macam kedai mamak!

Baca juga: Resipi Kuih Kesari, Manisan India Lembut & Lemak Manis Ini Memang Wajib Cuba!

RESEPI TOSEI PALING SENANG

resepi tosei

Bahan-bahan:

  • 2 cawan beras
  • 2 cawan kacang ulundu (basuh 3–4 kali dan rendam semalaman)
  • Sedikit nasi sejuk
  • Garam secukupnya
  • Air (secukupnya untuk kisar)
  • Minyak lenga atau minyak sapi (untuk memasak)

Cara-cara:

  1. Keesokan paginya, kisar beras dan kacang ulundu hingga halus. Tambah air sedikit demi sedikit. Cukup sekadar blender boleh berpusing. Jangan terlalu banyak nanti adunan cair.
  2. Masukkan nasi sejuk dan garam. Kisar lagi hingga adunan sebati. Sebaiknya kisar 2–3 kali dalam beberapa bahagian supaya adunan halus sempurna.
  3. Tuang adunan ke dalam bekas besar dan perap selama 7–8 jam. Bila adunan nampak naik dan berbuih, kacau perlahan-lahan.
  4. Panaskan kuali leper non-stick (khas untuk tosai) dengan api sederhana. Tuang 2 senduk kecil adunan, ratakan nipis.
  5. Titiskan 4–5 titik minyak lenga atau sedikit minyak sapi di sekeliling tosai. Masak hingga bahagian bawah perang keemasan.
  6. Tosai siap dimakan bersama kuah dhal, kari ikan atau chutney kelapa.

Nota: Kalau ada lebihan adunan, simpan dalam peti sejuk (chiller). Bila nak makan, keluarkan dan terus bakar. Jimat masa dan tetap sedap!

Sumber: Suraya Jainul

Baca juga: Resepi Kuih Vadai Rangup, Petua Kisar & Tapis Kacang Dal Buat Kuih Jadi Lagi Gebu!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN