Apabila nampak tiramisu depan mata, pasti ramai yang teruja untuk menikmatinya. Sudah sering beli di luar, apa kata kali ini anda cuba pula resepi tiramisu mudah di rumah.
Tiramisu merupakan hidangan pencuci mulut berasal dari Itali. Di dalam bahasa Itali, tiramisu berasal dari perkataan tirami su yang bermaksud “pick me up” atau “pilih aku”.
Sebenarnya, tiramisu dibuat menggunakan biskut ladyfinger lembut yang dicelup dengan kopi dan setiap baris itu dilapisi dengan krim keju.
Norhafizan Ezan Sulaiman telah kongsikan resepi tiramisu mudah di Facebook yang sangat menarik kerana orang yang tak mahir buat kek pun boleh buat. Jom kita cuba!
Baca juga: Cara Buat Cheesekut Guna Blender, Tak Banyak Bahan Tapi Penuh Berkrim!
Bahan-bahan:
Cara-cara membuat;
1. Mula-mula, keluarkan cheese terlebih dahulu dalam 1 jam dan tunggu sampai jadi lembut.
2. Selepas itu, mix cheese 500 gram bersama 1/2 tin susu pekat dan putar cheese sampai licin (tak berketul) dan sebati (sekejap saja).
3. Perlahankan mixer dan masukkan 500ml whipping cream, kemudian mix perlahan sampai sebati dan ketepikan dahulu.
4. Guna mangkuk lain dan bancuh 2 sudu besar sebuk nescafe (pakai yang classic pun boleh) dengan 1 cawan air suam.
5. Kemudian, celup biskut ladyfinger sekejap, tapi jangan rendam sampai biskut lembik, celup terus tarik saja.
6. Pada lapisan pertama, susun biskut ladyfinger mengikut saiz bekas citarasa sendiri.
7. Seterusnya, tuang adunan cheese di atas biskut ladyfinger tersebut.
8. Selepas itu, tabur serbuk koko dengan menggunakan penapis teh.
9. Pada lapisan kedua, ikut langkah pada lapisan pertama tadi.
10. Akhir sekali, sapu serbuk koko dengan tisu untuk kekemasan dan sejukkan dalam peti ais selama beberapa jam. Siap untuk dinikmati!
Oleh kerana tiramisu merupakan salah satu hidangan pencuci mulut yang boleh dibuat tanpa oven dan sangat mudah, ramai yang jadikannya sebagai barang jualan secara dalam talian.
Jika nak buat sendiri di rumah, anda boleh gunakan resepi tiramisu mudah ini dan hasilnya pasti memikat selera seisi keluarga.
Selamat mencuba!
Sumber: Norhafizan Ezan Sulaiman
Baca juga: Resepi Aiskrim Cheese Indulgence, Buat Bentuk Cawan Begini Senang Nak Ngap!
Terdapat beberapa jenis kuih goreng yang disejuk bekukan supaya boleh dimakan pada bila-bila masa dan…
Baru-baru ini, Malaysia mendapat khabar gembira tentang kemenangan seorang tukang masak iaitu Chef Safura Tawil…
Tak susah sebenarnya nak sediakan hidangan lauk yang mudah tanpa perlu menggoreng atas kuali. Guna…
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…