Tak ramai tahu resepi menggunakan terung sebagai bahan utama, sedangkan sayuran ini sangat sedap dimasak dengan cara membakar seperti resepi Terung Bakar Santan.
Terung turut dikenali sebagai eggplant di Barat, merupakan tumbuhan yang mempunyai saiz agak panjang, berbentuk bujur yang mempunyai warna ungu gelap.
Terung yang sering kita lihat di Malaysia adalah berwarna ungu gelap, tetapi terdapat juga terung yang berwarna merah, hijau atau hitam.
Baca juga: Terung Bakar Asam Lemak, Resipi ‘Bikin’ Terliur, Cukup Rasa Masam, Pedas Dan Berlemak
Buat pengetahuan anda, terung mempunyai peminatnya tersendiri kerana ia merupakan antara sayuran yang sering menjadi pilihan dalam masakan Melayu.
Tekstur dan rasa unik yang datang daripada terung kepada pelbagai resepi masakan membuatkan sayuran ini disukai ramai.
Walaupun terdapat banyak cara untuk memasak terung, namun sayuran ini sebenarnya lebih enak dimakan dengan cara membakarnya di atas api dapur.
Nak tahu betapa sedapnya sayuran ini? Anda boleh cuba resepi Terung Bakar Santan yang dikongsikan oleh Nor Asfah Ali di Facebook.
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Tumbuk bahan bertanda (*).
2. Masukkan sedikit air asam jawa, kemudian masukkan santan dan bahan tumbuk ke dalam periuk.
3. Bilas dalam kotak santan dengan sedikit air untuk ambil lebihan santan.
4. Masukkan garam dan sesuaikan rasa, kemudian kacau sampai mendidih. Siap untuk dihidang!
Anda tak perlu letak banyak air dalam resepi Terung Bakar Santan ini kerana hidangan ini lebih sedap jika kuahnya pekat. Selain itu, anda boleh masukkan cekur untuk menambahkan lagi kelazatannya.
Terung Bakar Santan cukup enak dinikmati bersama lauk utama dan nasi panas yang semestinya akan menjadikan hidangan anda seisi keluarga lebih sempurna.
Selamat mencuba!
Sumber: Nor Asfah Mohd Ali
Baca juga: Cara Buat Kerepek Terung Rangup Untuk Kudapan, Anak-Anak Makan Berebut!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…